Buletin

NISSAN ALMERA 2022 DIPERKENAL DI THAILAND, BUMBUNG HITAM ENJIN KEKAL 1.0L TURBO

Pasaran sedan segmen B di negara kita dipenuhi tawaran menarik seperti Proton Persona, Toyota Vios, Honda City dan Nissan Almera.

Di dalam lingkungan harga yang sama ditawarkan pula SUV seperti Proton X50 dan Perodua Ativa.

Walaupun bersaing, setiap model mempunyai kekuatan dan kelompok peminat tersendiri.

Dalam membuat perbandingan, lebih jelas apabila pengeluar kenderaan diletakkan sekali sebagai contoh anda ingin membeli sedan buatan Jepun.

Pilihan yang ada ialah Honda City, Toyota Vios dan Nissan Almera.

Daripada tiga model tersebut, Almera mempunyai keunikan tersendiri dengan nadi HRA0 1.0 liter turbo tiga silinder. Kedua-dua City dan Vios menggunakan enjin aspirasi normal 1.5 liter.

Walaupun kecil tidak bermakna ianya lemah, enjin itu mempunyai kuasa 100 PS dan tork 152 Nm dari 2,400 rpm hingga 4,000 rpm.

Pada 21 Mac Nissan Thailand memperkenalkan Almera 2022 dengan beberapa kemaskini seperti warna dua tona dan riasan warna hitam kilat.

Depan dan belakang Almera Thailand nampak berbeza dengan versi tempatan kerana mereka mempunyai kit Sportech yang direka oleh Autech.

Almera pasaran Filipina juga mempunyai kit sebegitu dan dikenali sebagai Almera N-Sport.

Almera VL CVT dan Almera VL Sportech tampil dengan bumbung, tiang A,B,C dan cermin sisi warna hitam kilat. VL Sportech lebih istimewa dengan tambahan spoiler hitam kilat di belakang.

Varian itu juga mempunyai cermin sisi lipat automatik dengan lampu isyarat LED dan lampu utama automatik.

Bahagian dalam Almera VL dan VL Sportech menggunakan kerusi QUOLE MODURE yang tidak mengumpul dan boleh memantulkan haba untuk keselesaan perjalanan.

Sistem hiburan pula dimainkan melalui skrin sentuh lapan inci (varian V dan ke atas).

Menggerakkan sedan ini masih sama, enjin HRA10 1.0 liter turbo dan dilengkapi teknologi Idling Stop untuk pemanduan ekonomikal.

Enjin itu dipadan bersama transmisi XTRONIC CVT yang mempunyai fungsi D-Step Logic untuk pemanduan lebih menyeronokkan.

Almera pasaran Thailand mempunyai lima varian dengan harga permulaan seperti berikut:

  • Almera E : 509,000 baht (RM62,839)
  • Almera EL : 559,000 baht (RM70,254)
  • Almera V : 619,000 baht (RM77,794)
  • Almera VL : 649,000 baht (RM81,565)
  • Almera VL Sportech : 669,000 baht (RM84,078)

Kredit dan hak foto: Nissan

BACA: NISSAN GABUNG AUTECH DAN NISMO JADI SATU SYARIKAT!

BACA: NISSAN BAWA GT-R T-SPEC KE THAI, SEMUA HABIS! GT-R R35 PUN SAMA!

BACA: PADA 2005 NISSAN WINGROAD DIPERKENAL – SIRI AKHIR AD RESORT

Google ads
Back to top button