Buletin

ETCM DEDAH HARGA NISSAN NAVARA BAHARU. 6 VARIAN, HARGA BERMULA RM91,900

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan enam varian trak pikap Nissan Navara baharu yang dijual pada harga bermula RM91,900.

Berikut merupakan harga jentera terbaharu dikenali sebagai Mother Trucker mengikut model:

VarianSemenanjung Malaysia (RM)Sabah & Sarawak (RM)
2.5L PRO-4X Auto142,200144,200
2.5L VL Auto137,900139,900
2.5L V Auto125,500127,500
2.5L SE Auto116,900118,900
2.5L SE Manual110,900112,900
2.5L Single Cab Manual91,90093,900

Jentera terbaharu itu didatangkan dengan pilihan warna menarik kelabu (Stealth Grey), putih (Pearl White dan Solid White), merah (Burning Red), hitam (Black Star) dan perak (Brilliant Silver).

Pikap Navara baharu mendapat khidmat enjin 2.5 liter dengan dua pilihan transmisi iaitu manual atau automatik.

Varian-varian Nissan Navara baharu (kecuali Single Cab) dilengkapi suspensi belakang jenisMultilink dengan Dual-Rate Coil Springs (Rear Multilink Suspension with Dual-Rate Coil Springs) yang berfungsi mengurangkan pergerakan badan kenderaan.

Sistem Electronic Locking Rear Differential baharu pula berfungsi mengunci kedua-dua roda belakang untuk membolehkannya berpusing pada kelajuan yang sama jika tersekat di laluan berpasir, berlumpur dan permukaan jalan mencabar.

Dari segi ciri Tailgate Assist baharumembantu membuatkan pintu ruang kargo belakang lebih ringan untuk dibuka dan ditutup.

Selain itu, jentera terbaharu itu turut hadir dengan Pemijak Bampar Belakang Bersepadu(Integrated Rear Bumper Step) membuatkan akses ke ruang kargo belakang lebih mudah.

Kaca Laminasi Akustik yang menyingkirkan bunyipada cermin utama dan cermin tingkap hadapan menambahbaik aspek senyap di dalam ruang kabin.

Pro-4X Auto

Dari segi luaran varian paling tinggi ini dilengkapi gril hadapan ‘Interlock’ baharu yang berwarna hitam dengan perkataan NAVARA dicetak di atasnya, fender hitam dipadankan kemasan warna oren.

Ia turut mendapat kemasan warna oren dan hitam pada bampar belakang, emblem Nissan berwarna hitam pada bahagian depan serta belakang.

Selain itu, Pro-4x Auto hadir dengan Roof Rails, cermin sisi, handel pintu dan pemijak sisi berwarna hitam.

Dengan didatangkan rim Aloi PRO-4X bersaiz 17-inci berwarna hitam dibaluti tayar All-Terrain (255/65R17)menyerlahkan lagi sisi garang jentera tersebut.

Jentera terbaharu itu juga dilengkapi sistem Utili-Track Channel baharu dengan 2 saluran dan 4 cangkuk aluminium tahan lasak.

Bahagian dalaman pula, ia mendapat tempat duduk sport Semi Bucket yang diinspirasikan daripada GravitiSifar (Zero-Gravity Inspired Seats) dibalut kulit berwarna hitam dengan sulaman logo PRO-4X dan jahitan benang Oren.

VL Auto

Bagi varian ini, bahagian luarannya  hadir dengan rel bumbung warna perak, rim aloi dwi-tona 18 inci dengan profil tayar 255/60.

Ukuran dimensi sama seperti SE Auto tetapi lebih tinggi 35mm. Trak pikap ini juga mewarisi aspek luaran lain sama seperti V Auto.

Bahagian dalaman, varian ini mendapat ciri tambahan berbanding V Auto seperti kerusi boleh laras lapan arah secara automatik, tempat duduk dibalut kulit warna hitam bercorak heksagon beserta benang perak serta sistem pengelap cermin dengan sensor hujan.

V Auto

Mewarisi rekaan seperti SE Auto tetapi dilengkapi lampu utama projektor Quad LED dengan Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED berbentuk C. Lampu belakang dan lampu kabus juga jenis LED.

Memasuki ruang dalaman, terdapat butang kawalan pada stereng iaitu kawalan Paparan Digital dan Kawal Jelajah (Cruise Control) untuk teknologi Sistem Kawalan Jelajah.

Ia dilengkapi paparan digital berwarna bersaiz 7-inci, skrin audio sesentuh 8-inci pada papan pemuka dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Selain itu, instrumen ini disambung pada fungsi kamera undur dan enam unit sistem pembesar suara. Penyaman udara pula sama seperti SE Auto tetapi jenis Dual Zon Automatic.

SE Auto dan Manual

Gril depan Interlock baharu berwarna krom beserta cetakan nama Navara. Lampu depan dan belakang sama seperti Single Cab Manual.

Bampar depan dwiwarna iaitu hitam dan perak. Pemegang pintu juga berwarna krom manakala Side Step berwarna hitam.

Cermin sisi kuasa mengikut warna badan dan boleh dilaras atau dilipat. Lampu isyarat belok jenis LED turut dipasang pada perumah cermin sisi. Rim pula 17 inci dengan profil tayar 255/65.

Bahagian dalaman didatangkan 4-pembesar suara audio dan tempat duduk jenis sport semi bucket dengan kemasan fabrik hitam yang boleh laras 6-tetapan secara manual.

Tempat duduk belakang pula ada sokongan paha dan penyandar kepala berlekuk. Selain itu, ada perehat tangan untuk penumpang belakang. Varian ini didatangkan bersama penyaman udara dengan corong belakang (Rear Vents).

Single Cab Manual

Ia mendapat gril hadapan Interlock yang besar, lampu utama halogen dengan ciri Auto On/Off dan lampu belakang halogen.

Selain itu, bampar hadapan dipadankan warna badan jentera, bampar belakang serta handel pintu tidak dicat manakala bampar belakang dilengkapi pemijak bersepadu.

Bahagian dalaman Varian Single Cab dilengkapi Kemasukan Tanpa Kunci dengan Kunci Jack Knife dan Penghidup Kunci Silinder (Key Cylinder Ignition).

Meter digunakan ialah monokrom standard, sistem stereng jenis sporty beserta butang kawalan audio dan Bluetooth.

Sistem audio pula jenis Double-Din dengan sambungan Bluetooth dan dua unit pembesar suara manakala tempat duduk adalah jenis kain Vinyl.

Dalam pada itu, bagi varian Pro-4XAuto, VL Auto, V Auto dan SE Auto mendapat khidmat enjin 4-silinder sebaris Intercooler Turbo-Diesel DOHC dan transmisi automatik 7 kelajuan dengan mod manual, menghasilkan kuasa 188hp dan tork 450Nm.

Varian SE Manual dan Single Cab Manual pula didatangkan enjin 4-silinder sebaris Intercooler Turbo-Diesel DOHC dan transmisi manual 6-kelajuan, menjana kuasa 161hp dan tork 403Nm.

Antara ciri keselamatan temasuk Vehicle Dynamic Control, Traction Control System, Active Brake Limited Slip Differential, Hill Start Assist, Hill Descent Control, Anti-Lock BrakingSystem, Electronic Brake Distributiondan Brake Assist.

Ciri keselamatan teknologi Nissan Intelligent Mobilitysedia ada pada varianPRO-4X Auto, VL Auto dan V Auto.

Selainitu, pelbagai aksesori eksklusif juga ditawarkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

Google ads
Back to top button