
MITSUBISHI RAI ULANGTAHUN KE-20 DI MALAYSIA. TAWAR REBAT SEHINGGA RM12K
MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun ini. Sambutan penting ini akan menjadi tumpuan utama di Malaysia Autoshow 2024 yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei 2025 di MAEPS, Serdang.
Sejak penubuhannya pada tahun 2005, MMM sentiasa memperkenalkan kenderaan yang boleh dipercayai. Sehingga kini, lebih 200,000 unit kenderaan Mitsubishi telah diserahkan kepada pemandu di Malaysia.
Salah satu model terbaik dalam barisan kenderaan MMM ialah Mitsubishi Triton, yang telah menjadi tunjang kejayaan jenama ini di Malaysia sejak dua dekad lalu.

Sebanyak 54.3% daripada semua kenderaan Mitsubishi yang dihantar di Malaysia dalam tempoh dua dekad lalu adalah Triton. Bagi menyokong pertumbuhannya, MMM telah membina rangkaian pengedar yang kukuh dengan lebih 60 cawangan di seluruh negara, memastikan akses mudah dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.
Untuk meraikan detik istimewa ini dan mengalu-alukan lebih ramai pemandu Triton ke dalam keluarga Mitsubishi, MMM kini menawarkan pelanggan yang membuat tempahan Mitsubishi Triton Athlete (terhad 200 unit) ganjaran ulangtahun ke-20 eksklusif berupa rebat tunai RM8,000 atau penyelenggaraan percuma selama 5 tahun.
Sempena 20 tahun bersama rakyat Malaysia, Mitsubishi Motors berbesar hati untuk meraikan bersama semua pengunjung di Malaysia Autoshow 2025, yang akan berlangsung di Dewan A, MAEPS.

Sertai kami untuk pengalaman penuh keseronokan dengan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah eksklusif! Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di paparan toybox bersaiz sebenar. Ambil gambar dan kongsi di Facebook atau Instagram untuk menikmati popcorn panas yang lazat secara percuma.
Semasa sesi Happy Hour pada pukul 12:00 tengah hari, 3:00 petang, dan 6:00 petang, tiga penyertaan foto bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah eksklusif seperti beg Naturehike, beg sandang Thule atau pakej perkhemahan Tryveler.
Sebagai tanda terima kasih atas sokongan berterusan pelanggan, pemilik Mitsubishi yang menunjukkan kunci kereta mereka di booth Mitsubishi Motors akan menerima cenderahati eksklusif kad Touch ‘n Go dengan nilai RM10.
Sambutan ini tidak terhenti di sini. Nantikan lebih banyak ganjaran menarik, promosi, dan pengumuman yang bakal tiba sepanjang perjalanan ulang tahun ke-20 MMM.
Ikuti Mitsubishi Motors Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok (@mitsubishimotorsmalaysia)
GALERI



