Buletin

MITSUBISHI DELICA MINI T DAN G PREMIUM LIMITED EDITION DILANCARKAN DI JEPUN

Mitsubishi Delica Mini dijual secara rasmi di Jepun 2023. Pembangunan Delica Mini membuahkan hasil apabila memenangi Anugerah Reka Bentuk Japan Car of the Year (JCOTY) 2023 – 2024 dan kali pertama untuk Mitsubishi.

Terbaru Mitsubishi memperkenalkan edisi khas Delica Mini T Premium Limited Edition dan G Premium Limited Edition.

Dua edisi khas ini diasaskan dari varian tertinggi T Premium dan G Premium yang sudah lengkap dengan ciri-ciri seperti fungsi bantuan pemanduan lorong tunggal di lebuh raya (MI-PILOT).

Ia juga hadir dengan pintu gelangsar elektrik di sebelah pemandu dengan fungsi penutup mudah dan pintu gelangsar automatik bebas tangan dan pelbagai lagi.

Dengan menukar cermin pandang belakang kepada jenis automatik anti-silau (dilengkapi monitor pelbagai sudut pandangan), harga yang ditawarkan kepada pengguna menjadi lebih mampu milik.

Selain itu, versi kenderaan kebajikan daripada siri Hearty Run iaitu model dengan kerusi penumpang boleh alih (berputar dan keluar secara automatik) turut akan ditawarkan berasaskan edisi khas ini.

Delica Mini T Premium Limited Edition digerakkan enjin hibrid 660 cc turbo dengan penyejuk antara (intercooler) menghasilkan 64 ps pada 5,600 rpm dan tork 100Nm dari 2,400 sehingga 4,000 rpm.

Delica Mini G Premium pula dibekalkan enjin hibrid 660 cc biasa dengan kuasa 52 ps pada 6,400 rpm dan 60Nm pad 3,600 rpm.

Motor elektrik SM21 memiliki kuasa 2.0 kW (2.7 ps) pada 1,200 rpm dan tork 40Nm pada 100 rpm. 

Kedua-dua model menggunakan kotak gear CVT dan pelanggan boleh memilih pacuan roda roda (2WD) atau empat roda (4WD).

Jualan di Jepun bermula pada 5 Jun 2025.

Mitsubishi Delica Mini T Premium Limited Edition

  • Enjin: DOHC 12-injap 3 silinder turbo dengan penyejuk antara (hibrid)
  • Transmisi: CVT
  • Sistem pacuan:
    • 2WD: 2,085,600 yen (RM64,314)
    • 4WD: 2,249,500 yen (RM69,368)

Mitsubishi Delica Mini G Premium Limited Edition

  • Enjin: DOHC 12-injap 3 silinder (hibrid)
  • Transmisi: CVT
  • Sistem pacuan:
    • 2WD: 1,996,500 yen (RM61,566)
    • 4WD: 2,160,400 yen (RM66,620)

Spesifikasi Enjin – Dengan Turbo

  • Model enjin: BR06
  • Turbo: Pengecas turbo dengan penyejuk antara
  • Mekanisme injap dan bilangan silinder: DOHC 12 injap, 3 silinder
  • Sesaran: 0.659 liter
  • Gerek × lejang: 62.7 mm × 71.2 mm
  • Nisbah mampatan: 9.2
  • Kuasa maksimum: 47 kW [64 PS] @ 5600 rpm
  • Tork maksimum: 100Nm @ 2400–4000 rpm
  • Kapasiti tangki bahan api: 27 liter

Spesifikasi Enjin – Tanpa Turbo

  • Model enjin: BR06
  • Turbo: Tiada
  • Mekanisme injap dan bilangan silinder: DOHC 12 injap, 3 silinder
  • Sesaran: 0.659 liter
  • Gerek × lejang: 62.7 mm × 71.2 mm
  • Nisbah mampatan: 12.0
  • Kuasa maksimum: 38 kW [52 PS] @ 6400 rpm
  • Tork maksimum: 60Nm @ 3600 rpm
  • Kapasiti tangki bahan api: 27 liter

Motor Elektrik

  • Model motor: SM21
  • Jenis motor: Motor segerak AC (AC synchronous motor)
  • Kuasa maksimum: 2.0 kW (2.7 PS) @ 1200 rpm
  • Tork maksimum: 40 Nm @ 100 rpm
  • Bateri: Litium-ion
Google ads
Back to top button