
HONDA CR-V TRAILSPORT – SEMAKIN RUGGED DAN BERGAYA
Apabila menyebut tentang model SUV yang satu ini, seluruh pelusuk dunia hatta dunia allien pun pastinya mengenali akan Honda CR-V ini. Honda CR-V ini adalah merupakan kenderaan yang paling laku keras dalam senarai katalog jualan Honda.
Dan Honda CR-V generasi baharu ini yang sememangnya sudah kelihatan cukup sempurna dari segi rekaannya kini tampil lebih rugged dan bergaya apabila ianya diberikan lencana TrailSport pula. Menariknya varian Hibrid ini adalah merupakan SUV Honda pertama yang menggabungkan reka bentuk rugged TrailSport yang lasak serta dibekalkan dengan penggunaan tayar AT (All Terrain) dan digandingkan dengan sistem hibrid-elektrik dua motor.

Malah Honda CR-V TrailSport ini juga diberikan penambahbaikkan dari segi kawalan cengkaman serta prestasi off-road yang lebih baik.
Dengan pengenalan varian terbaharu ini, menjadikan pilihan kepada pengguna sama ada untuk memilih varian dengan trim turbo LX, EX dan EX-L serta empat pilihan varian hibrid termasuklah yang baharu TrailSport Hibrid ini. Untuk rekod, model hibrid CR-V ini yang diposisikan sebagai varian yang lebih tinggi menyumbang lebih 50% rekod jualan menjadikannya sebagai tarikan dan pilihan pengguna.

Tahukah anda juga bahawa Honda CR-V ini sememangnya merupakan SUV yang paling laku di pasaran Amerika Syarikat selama lebih 25 tahun. Malah rekod jualan untuk tahun 2024 juga telah melepasi angka 400,000 unit untuk terus mencipta rekod baharu dari segi jualan.
Untuk model tahun 2026 bagi kesemua varian termasuklah TrailSport ini, ianya akan dilengkapi dengan ciri tambahan seperti saiz skrin infohiburan yang lebih besar 9 inci lengkap dengan perisian Google serta paparan instrumen digital bersaiz 10.2 inci.

Untuk Honda CR-V TrailSport ini juga akan diberikan layangan warna istimewa, Ash Green Metallic serta penggunaan tayar jenis AT Continental CrossContact ATR (235/60R18) yang digandingkan dengan roda aloi berwarna Shark Gray 18 inci. Tayar jenis AT yang mahal ini terbukti berguna untuk melewati permukaan berpasir, berlumpur, berbatu mahupun bersalji tanpa masalah.
Menambahkan lagi rupa rugged model ini terdapat rekaan skid plate dengan kemasan Silver serta Piano Black pada spoiler belakang.
Dengan harga jualan mungkin sekitar, $37,000 (RM158,878), ianya akan berada di bilik pameran pasaran Amerika Syarikat tidak lama lagi.
BACA : HONDA CR-V e:HEV. PERLU KE BELI SUV ELEKTRIK?
BACA : HONDA CR-V DREAM POD – MODEL KONSEP UNTUK PERGI BERKHEMAH