Buletin

MMM PANGGIL BALIK 895 UNIT LANCER SEDAN

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini memanggil balik sebanyak 895 unit model Mitsubishi Lancer sedan yang dihasilkan mulai September 2004 hingga April 2006.

Mitsubishi-Lancer-JT-recall-2016-mekanika

Langkah itu diambil untuk menukar inflator beg udara pada bahagian penumpang hadapan. Ia perlu kerana dibimbingi ia akan mengeluarkan serpihan besi apabila beg udara tersebut diaktifkan dan boleh mengakibatkan kecederaan.

“MMM memohon maaf atas kesulitan ini. Inisiatif ini diambil demi keselamatan pelanggan. Inflator itu akan digantikan dengn komponen baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Yang Won-Chul.

MMM akan menghantar surat kepada pemilik kenderaan yang terjejas dan semua kos akan ditanggung sepenuhnya.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi khidmat pelanggan MMM di talian 1-800-18-6611.

Google ads
Back to top button