Motosikal

SUZUKI SATRIA F150

Pelanggan Indonesia sudah lama menantikan model Suzuki Satria F150. Akhiranya  PT  Suzuki Indomobil Sales (SIS) melancarkan model serba baharu Satria F150 baru-baru ini.

all-new-satria-f150-injeksi-2017-mekanika (2)

Model berkenaan menerima perubahan dari segi prestasi enjin, teknologi elektronik, dimensi dan casis. Versi baharu itu dilengkapi teknologi  Fuel Injection bersama Dual Spray Injector yang dikendalikan secara automatik oleh ECM (Electronic Control Module).

Enjin 150cc itu menerima perubahan pada bahagian injap. Talaan sudut injap lebih rapat dan diameternya lebih besar seakan-akan sama dengan pembinaan enjin motor perlumbaan.

all-new-satria-f150-injeksi-2017-mekanika (4)

Bagi memastikan kestabilan suhu enjin pada tahap optimum untuk tunggangan harian, Suzuki menggunakan radiator berukuran paling besar dalam kelasnya. Ia berfungsi sebagai sistem penyejukkan cecair Satria F150.

Prestasinya dikukuhkan dengan throttle body berukuran 32mm. Model itu juga 16 peratus lebih ringan berbanding sebelumnya. Penggunaan SCEM (Suzuki Composite Electrochemical Material) pada dinding silinder mengukuhkan lagi enjin F150.

Dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan, motosikal  itu mampu menghasilkan kuasa  13.6 KW @ 10,000rpm dan tork 13.8 Nm @ 8,500rpm.

all-new-satria-f150-injeksi-2017-mekanika (8)

Satria F150 didatangkan dengan rangka jenis Spar Frame yang menyumbang kepada berat lebih ringan dan tegar. Sekali gus mampu menawarkan tunggangan yang lebih stabil dan pantas.

Satria F150 dibekalkan dengan brek cakera kelopak berprestasi tinggi pada kedua-dua rodanya.

all-new-satria-f150-injeksi-2017-mekanika (7)

Selain itu, sistem elektronik baharu yang ditawarkan ialah paparan instrumen digital sepenuhnya dengan pelbagai informasi. Antaranya ialah kelajuan, rpm, suhu cecair coolant, perbatuan dan jam.

Tombol penghidup elektrik mengaplikasikan teknologi daripada Big Bike Suzuki iaitu 1-Push Electric Starter dengan satu sentuhan. Inovasi tersebut adalah yang pertama di kelas 150cc. Pada lampu hadapan menggunakan teknologi LED penuh untuk cahaya yang lebih terang.

all-new-satria-f150-injeksi-2017-mekanika (6)

Rekaan yang ditampilkan nyata futuristik dan mengangkat DNA MotoGP sebagai dasar pengembangan Satria F150 agar tetap ramping dan kompak.

Harga jualan model tersebut bermula  Rp 21, 650,000 (Rm 6,711.50 ) sehingga Rp 21, 950, 000 (RM 6,804.50) seunit.

Tonton TVC untuk pasaran Indonesia di sini:

Sumber: Mobil123

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button