Motosikal

MODEL HIBRID BULTACO

Pengeluar motosikal dari Sepanyol, Bultaco yang kini menjadi pembuat basikal elektrik kini menawarkan tiga produk baharunya.

bultaco-Brinco-RE-mekanika

Lebih menarik lagi, ketiga-tiga basikal elektrik ini telah dihomologasi untuk kegunaan jalan raya biasa untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Disifatkan sebagai gabungan basikal dan motosikal, model Brinco R-E, Campera dan Brinco S dilengkapi pelbagai ciri seperti sebuah motosikal. Misalnya, lampu utama, cermin sisi, fender belakang, nombor plat, panel reflektif dan hon.  Apa yang tidak ada cuma lampu isyarat membelok.

bultaco-Brinco-S-mekanika (3)

Bultaco Brinco R-E mampu mencatat kelajuan 45km/j dengan kuasa maksimum 2kW. Ia menawarkan mode tunggangan Sport, Touring dan Eco. Bateri berkapasiti 1.3kW itu memerlukan masa selama tiga jam untuk dicaj penuh menggunakan soket dinding.

Bultaco Brinco Campera sesuai untuk mereka yang gemar menunggang di laluan off-road. Basikal ini mempunyai tempat duduk rendah, suspensi yang direndahkan dan bar hendal lebar.

bultaco-Brinco-S-mekanika (1)

Sementara Brinco S pula disasarkan untuk penunggang di bandar. Dengan rim bersaiz 24 inci dan bar hendal lebar, ia lebih selesa ditunggang.

Kesemua model ini hadir bersama meter digital, ketersambungan Bluetooth, penghidup tanpa kunci yang menggunakan NFC dan satu aplikasi khas.

bultaco-Brinco-S-mekanika (2)

Harganya? Bultaco Brinco R-E dan Campera ditawarkan pada harga €5,800 (RM26,500). Sementara Brinco S berharga €5,950 (RM27,200) seunit.

Google ads
Back to top button