Advertisements
Motosikal

TRIUMPH STREET TRIPLE 798 RS DIUMUMKAN – ENJIN MOTO2 2027, 133HP, 183KG

Triumph Motorcycles dengan rasminya mengumumkan ketibaan Street Triple 798 RS baharu menggantikan Street Triple 765 selepas 10 tahun. 

Street Tripel 798 ini dilengkapi dengan enjin baharu (yang akan diguna pakai jentera Moto2 bermula 2027), casis aluminium baharu serta pakej elektronik terkini. 

Enjin tiga silinder 798cc baharu itu merupakan versi jalan raya kepada unit yang akan diguna pakai jenter lumba Moto2 bermula tahun depan.

Unit tersebut berupaya mengasilkan 133hp pada 11,500rpm dan 86Nm. Untuk perbandingan, Street Tripe 798 ini menghasilkan lebih 5hp dan 6Nm berbanding model 765. Menarikbya, model baharu ini juga lebih ringan dengan hanya 183kg. 

Sebagai pembekal enjin Moto2 sejak 2019, pengalaman tersebut digunakan sepenuhnya bagi menghasilkan Street Triple 798. 

Selain enjin, Triumph turut memperkenalkan kerangka serba baharu yang menggunakan bahan jenis aluminium bagi kerangka utama dan subframe termasuk swingarm yang diilhamkan dari Moto2. 

Suspensi pula terdiri dari fork Showa Big Piston 41mm boleh laras dengan jarak gerak 120mm di hadapan dan penyerap Öhlins STX46 boleh laras dengan jarak gerak 130mm di belakang. Model terdahulu menggunakan model Öhlins STX40.

Sistem brek pula merangkumi Brembo Stylema yang dipadankan bersama cakera 310mm di hadapan dan MCS Master cylinder manakala belakang pula menempatkan Brembo satu piston dengan cakera 220mm. Menariknya, saiz tayar belakang kini 190/55 naik dari 180/55 dan dipadankan bersama tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP V3 terus dari kilang. 

Triumph turut mempertingkatkan pakej elektronik yang menyaksikan model 798 ini hadir dengan tujuh mod menunggang (Eco, Rain, Road, Sport, Track dan dua mod kustom). Sementara itu, 6-axis IMU menawarkan cornering ABS dan traction control, Traction Control+, rear wheel slide, wheelie control, launch control, engine brake control dan cruise control. 

Tidak cukup dengan itu, 798 ini turut dilengkapi dengan Triumph Shift Assist (quickshifter) yang kini juga berfungsi ketika motosikal berada dalam mod cruise control. 

Segala maklumat kini boleh diakses menerusi menter TFT 7-inci dari Bosch yang menawarkan fungsi touchscreen, Apple CarPlay dan Android Auto. 

Bagi pasaran UK, Triumph Street Triple 798 ini dijual dengan harga GBP12,925 (RM69.9k). 

GALERI: TRIUMPH STREET TRIPLE 798 2027

Google ads
Back to top button