Artikel Pilihan

MAT MOTOR VS MAT KERETA

Dalam dunia pemotoran, kita ada satu senario yang berbeza. Mungkin ramai yang tak sedar tetapi benda ni berlaku dan dah jadi macam budaya. Kali ni kita tengok perihal mat motor dengan mat kereta. Kelompok, perlumbaan, kelab dan sikap.

Mat-motor-mekanika (5)

Kenderaan harian saya ialah sebuah motosikal Yamaha LC135 spesifikasi GP tiruan. Kadang-kadang tukar dengan Modenas Siti yang nak runtuh rupanya. Tetapi sekali crank terus hidup walaupun sebulan tak start.

Hujung minggu kadang-kadang pandu Alza, kadang-kadang Ford Ranger, kadang-kadang Vellfire. Kalau ada masa, ada lah ride juga motor acah-acah HP4.

BACA: MUZIUM LHM, SYURGA MAT MOTOR

BACA: TRAGEDI KONVOI DI THAI, PERCUTIAN YANG TRAGIS

Kalau ada kebetulan motor test, dapatlah bergaya dengan Ducati, Kawasaki, Yamaha dan kadang-kadang Benelli. Pendek kata, kebanyakan masa saya memang lebih suka naik motor berbanding kereta di KL.

mat-kereta-mekanika (2)

Situasi ini adalah hasil pemerhatian saya tentang sikap seorang pemandu dan penunggang motosikal. Memandangkan masa banyak dihabiskan di jalan raya, di sini ialah pandangan peribadi dan kalau anda tak bersetuju pun tak mengapa.

Contoh-contoh lazim

Pemandu Kereta

“Kereta aku lagi mahal, ko pegi duduk jauh sikit boleh tak?”

“Aku baru dyno dapat 300hp, hang ni kereta baru keluar kedai balut plastik pi sembang hujung pokok tu la!”

“Ko pakai Proton ni tak segan ke lepak dengan budak-budak Honda?”

“Dahla Kancil tu kecik, modified rasa hebat sangat, ko tak nampak Suprima S aku ada tulisan turbo eh? (sambil mencebik kat geng K-Car)

“Kami ni geng kereta facelift je, kau 1st model tak boleh join” – adoiiiiiii!!!!

mat-kereta-mekanika (4)

Biasa dengar benda-benda macam ni kan? Tak perlu nak hipokrit sebab saya lalu dah pengalaman ni sendiri. Dari pandu Kancil, Wira, Type R sampailah Lamborghini Aventador, OK yang Aventador tu tipu. Tapi yang tak tipu ialah sikap segelintir mat kereta yang mengamalkan sikap berkasta dan berpuak-puak.

Mungkin bukan semua, saya setuju. Tapi majoriti mat kereta ni kurang semangat setiakawan seakrab mat motor. Contohnya kalau ada Range Rover Evoque rosak tepi jalan, paling tidak pun mesti ada mat rempit berhenti tanya;

“Hai, kereta habis minyak ke?”

Saya juga pernah berkelab dan berkonvoi. Kebanyakan dari yang jenis dah lama main kereta ni memang tak ada nafsu nak bercerita kehebatan kereta sendiri. Memperlekehkan orang lain, perlekeh kereta jenama lain dan tak masuk lagi yang gila berebut jawatan dalam kelab sampai bergaduh sana sini. Padahal mati nanti naik kereta jenazah juga, bukannya naik Toyota Vellfire spesifikasi Premium Lounge pun.

BACA: GALERIA PERDANA AUTOMOTIF DI LANGKAWI

BACA: BULANMADU JEPUN, SEMUANYA TENTANG KERETA!

Kalau ada event macam perlumbaan, ada juga jenis yang tak boleh nak kongsi paddock dengan kereta lain. Kena pulak kereta tu rupa keropok, dan kereta dia pulak kereta jenama terkenal. Kira malu habis kalau join dengan kereta-kereta buatan tempatan ni.

Itu belum masuk scene JDM. Kereta yang modified penuh duduk kastanya macam bangsawan. Dia punya sembang memang tak ada tunduk ke bumi dah. Tengok orang pakai kereta standard ni nampak macam bawak lori sampah lagaknya.

mat-kereta-mekanika (6)

Saya pernah lepak setengah hari di Daikoku Futo PA, Yokohama Tokyo. Kalau anda biasa dengan scene kereta, Daikoku adalah lokasi wajib santai mat kereta Jepun. Satu perkara yang ada boleh lihat di bumi penuh disiplin ni, ada berbagai jenis kereta dari merata kasta.

Ada Supercar McLaren dan di sebelahnya Kenmeri tahun purba. Ada Civic Spoon dan sebelahnya mat rempit Bosozoku dengan motor canonball yang saling berborak tanpa ada rasa sebarang perbezaan.

Mat-motor-mekanika (1)

Mat Motor

Lain sangat perihalnya tentang mat motor.

“Kami rider Tiada Beza”

Sebab itu kebanyakan event motor memang berjaya sebab semangat setiakawan dan saling sokong-menyokong. Buatlah apa juga jenis Bikes Week, baik di Kodiang atau Mentakab, ia disambut sama rata.

Rider dari Batu Lanchang akan datang, Rider dari Telemong pun sama. Itu belum kira geng dari Felda Taib Andak, Felda Bukit Permai, Felda Medoi yang meriah sama-sama sambut. Tak dengar pula ada rider komplen booth dia panas. Dah bawak motor ada air cond ke??

Mat-motor-mekanika (4)

Satu yang saya suka tentang sikap mat motor ialah tak ada kasta. Minggu lepas saya bawa Ducati Multistrada, geng Benelli, ER6, KTM Duke, RXZ atau Pasola, bila selisih angkat tangan. Paling tidak pun dongak kepala. Dibalas itu pasti. Melainkan brader-brader baru nak up, motor pun abah dia beli, mungkin dia tak perasan, tak apa kita maafkan.

Cuba kalau motor rosak tepi jalan. Saya rasa paling lama 5 minit je kot mesti ada bantuan mat motor yang sampai. WAJIB ada yang berhenti sebab ini memang naluri orang bawa motor.

Saya pernah sekat sebuah kereta yang cuba lari sebab langgar motor lain, tak tahu kenapa, mungkin sebab refleks semula jadi. Tak sampai beberapa saat, dah ada yang join saya halang pemandu dari pergi.

Mat-motor-mekanika (6)

Modenas saya yang kalis rosak tu pernah kecundang, putus kabel pendikitnya di Lebuhraya Besraya. Tak sampai seminit, ada brader naik EX5, pusing balik menongkah arus (ya lawan arah!) dan tolong tolak motor ke bengkel terdekat. Tak sempat nak ucap terima kasih pun dia terus pergi sebab nak cepat katanya.

Kalau geng kereta? Mungkin ada yang berhenti juga, tapi eloklah simpan siap-siap nombor telefon AAM atau kereta tunda. Saya pernah alami kereta tayar pecah dalam hutan mana entah di sempadan Pahang-Kelantan jam 2 pagi, mujur tak ada harimau je yang tegur masa tukar tayar. Nak harap kereta berhenti tolong jangan tanya lah, suluh pun tidak.

Mat-motor-mekanika (3)

Kadang-kadang perit nak tulis, tapi sebab ada peluang, saya luahkan lah juga. Kenapa kita mesti nak meninggi diri? Tak ke mana pun. Hormatlah orang lain dan scene kita akan jadi lebih gembira. Tak payah nak bergaduh hal remeh-temeh. Jadilah peramah. Malaysia ni bukan besar mana pun. Esok lusa berselisih juga.

Google ads
Back to top button