
ZONTES 835R DEDAH DI EICMA 2026 – 150HP, 90NM
Selain memperkenalkan empat model skuter 552 di EICMA baru-baru ini, Zontes turut menggunakan peluang itu untuk mempamerkan motosikal naked serba baharu, 853R.
Menurut Zontes, ini adalah model paling berkuasa pernah dihasilkan syarikat China itu setakat ini dan tampil dengan reka bentuk yang agresif, pakej premium serta elemen gentian karbon.

Bagaimanapun, ciri utama terarah pada bahagian enjin kerana 853R dikuasakan unit tiga silinder 847cc serba baharu yang berupaya menghasilkan 150hp pada 12,500rpm dan 90Nm pada 9,000rpm/.
Untuk rekod, ini adalah enjin paling berkuasa pernah dihasilkan Zontes setakat ini selepas model 703.

Dalam pada itu, Zontes mendakwa bahawa 853R ini mampu mencapai kelajuan maksima sekitar 280km/j dan mampu melakukan 0 hingga 100km/j dalam tempoh hanya 2.8 saat sahaja.
Pakej elektronik juga serba lengkap dengan 6-axis IMU yang turut membekalkan cornering ABS, cornering traction control, bi-directional quickshifter, anti-wheelie, ride-by-wire dan cruise control.

Casis pula terdiri dari suspensi Kayaba boleh laras sepenuhny dengan fork 43mm di hadapan yang menawarkan jarak gerak 115mm. Brek pula merupakan jenis Brembo M4.30.
GALERI: ZONTES 853R






















