Buletin

MODENAS TAWAR KHIDMAT SELEPAS JUALAN “DIRECT TO YOUR DOOR”. TAK PAYAH PERGI BENGKEL DAH

MODENAS baru-baru ini mengumumkan perkhidmatan selepas jualan baharu iaitu perkhidmatan bergerak “Direct to your Door”. Disediakan untuk semua pemilik moped, skuter dan street bike jenama Modenas, perkhidmatan tersebut  bermula 8 Ogos 2020.

Inisiatif itu adalah sempena dengan ulang tahun ke-25 MODENAS dan usaha syarikat untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan selepas jualannya. 

Pelanggan MODENAS di bandar yang terpilih kini tidak perlu lagi bimbang jika tidak dapat menghantar motosikal mereka untuk diservis. 

Dengan hanya beberapa klik di hujung jari untuk membuat temu janji, pasukan MODENAS akan datang menemui pelanggan. Perkhidmatan bergerak ini disediakan berdasarkan temu janji dalam jarak 15km dari pusat servis terpilih.

Juruteknik servis MODENAS telah dilatih untuk menguruskan keseluruhan proses. Pasukan juruteknik bermotosikal dan van dilengkapi peralatan untuk membuat penyelenggaraan. 

Pusat servis yang menawarkan perkhidmatan bergerak MODENAS Direct To Your Door ialah:

  • Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak           Tel : 04-466 8117
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang Tel : 04-466 8199
  • Hari Operasi : Isnin hingga Sabtu
  • Waktu Operasi : 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Isnin hingga Jumaat) 9.00 pagi hingga 12.30 petang (Sabtu)
  • Cuti umum: tutup 

Harga yang dikenakan bergantung kepada jenis penyelenggaraan + RM10 bayaran caj perkhidmatan. Masih murah.. 

Jenis-jenis penyelenggaran yang disediakan: 

Anda boleh membuat temujanji melalui pautan https://bit.ly/DTDService atau menghubungi pusat servis berkaitan. 

Google ads
Back to top button