
Motosikal
MODENAS Z15GT TIBA DENGAN WARNA KAWASAKI LIME GREEN – RM8,288
MODENAS memperkenalkan Z15GT dengan dua warna baharu bagi pasaran tempatan yang turut merangkumi ciri-ciri dipertingkat.
MODENAS Z15GT kini hadir dengan warna Lime Green yang diilhamkan dari warna Kawasaki serta warna Amazon Green. Warna Lime Green paling mencuri tumpuan kerana turut merupakan warna bagi model Kawasaki seperti Ninja ZX-4RR dan Ninja ZX-6R.

Sementara itu, MODENAS turut melaksanakan tujuh penambahbaikan antaranya:
- lapisan pelindung baharu pada tombol penghidup motosikal
- soket ditambah plastik pelindung baharu
- pelindung pada bahagian pateri di butang kiri dan kanan
- skru penutup injektor
- saliran baharu bagi overflow minyak
- klip panel badan bahagian sisi

Kesemua penambahbaikan ini adalah bertujuan menawarkan perlindungan yang lebih efisien pada air.
Selain itu, Z15GT kekal dikuasakan enjin satu silinder 149.5cc DOHC yang berupaya menghasilkan 16.8hp pada 9,500rpm dan 13.5Nm pada 7,500rpm.







