Buletin

LENCONGAN TRAFIK SEMENTARA DI LSA BERMULA 24 OGOS 2020 HINGGA 23 JANUARI 2021

Lencongan trafik sementara akan dilakukan di sepanjang Lebuh Raya Shah Alam (LSA) bermula 24 Ogos 2020 hingga 23 Jan 2021 bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan.

Kesas Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja-kerja baik pulih itu akan menyebabkan penutupan lorong dilakukan secara berperingkat dari 10 malam hingga 6 pagi di sepanjang LSA bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan kepada pengguna lebuh raya. 

“Kesas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi. Pengguna dinasihatkan agar memandu berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda di kawasan kerja,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-5633 7188 atau menerusi media sosial Facebook/lebuhrayashahalam atau [email protected] – Bernama

Google ads
Back to top button