
MODENAS UMUM PROGRAM PENJAGAAN KHAS Z15GT
MODENAS melancarkan Program Penjagaan Z15GT bagi pemilik Modenas Z15GT seluruh negara yang akan bermula 15 Julai ini hingga 31 Ogos 2026.
Menurut MODENAS, menerusi program ini, pemilik Z15GT akan menikmati beberapa kelebihan termasuk pemeriksaan motosikal dan diagnosis oleh tenaga pakar secara percuma.

Selain itu, pemilik juga akan mendapat akses kepada perkara teknikal termasuk baik pulih dan bantuan waranti bagi kes-kes tertentu disamping penggantian komponen dan alat ganti.
Pemeriksaan percuma dan bantuan selepas jualan ini ditawarkan di 57 pengedar rasmi MODENAS sekitar Semenanjung termasuk Sabah serta Sarawak.

Berdasarkan pemantuan, kempen sebegini wajar disambut baik pemilik Z15GT terutamanya jika jentera masing-masing mengalami sebarang masalah dalam tempoh waranti.
Untuk itu, pemilik Z15GT seluruh negara digesa untuk menghubungi pengedar terdekat untuk menetapkan tarikh pemeriksaan.
Orang ramai boleh membuat semakan senarai pengedar yang terlibat menerusi laman web rasmi MODENAS dan saluran media sosial.







