Buletin

JET SKI KAWASAKI BAKAL MERIAHKAN AKTIVITI PANTAI DI LANGKAWI – DARI RM55,000

Baru-baru ini pengamal media tempatan telah pun dibawa ke Langkawi oleh MODENAS bagi menguji beberapa model jet ski tawaran Kawasaki. 

Jet ski tersebut melibatkan model STX 160, Ultra 160LX-S dan Ultra 310LX-S. 

Kehadiran MODENAS selaku pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia adalah memberi peluang kepada beberapa operator jet ski di pulau itu untuk merasai kemampuan jet ski Kawasaki. 

Menurut pihak MODENAS, usaha ini adalah untuk mengetengahkan produk Kawasaki di Malaysia selain motosikal. 

Menariknya, Kawasaki Malaysia menawarkan rangkaian produk jet ski yang mampu memenuhi kehendak peminat sukan air. 

Operator jet ski boleh memilih antara STX 160 dengan harga bermula hingga RM55,000 hingga RM68,000 diikuti Ultra 160LX-S dengan harga RM80,000 dan Ultra 310LX-S yang boleh didapati dengan harga RM93,000. 

GALERI: KAWASAKI ULTRA 310LX-S

Google ads
Back to top button