Motosikal

MBS2026: KAWASAKI NINJA ZX-10R VERSI CKD LANCAR MINGGU INI?

Kawasaki antara jenama motosikal yang terlibat dengan Malaysia Bike Show 2026 yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 1 Jun ini bertempat di MAEPS, Serdang. 

Berdasarkan perkongsian di media sosial, Kawasaki Malaysia akan memperkenalkan tiga model untuk pasaran tempatan yang terdiri dari Ninja ZX-10R-, Z 1100 dan Z650 baharu. 

Bagaimanapun, tumpuan kami terarah pada Ninja ZX-10R kerana terdapat desas-desus yang mengatakan superbike dari Jepun itu merupakan model pemasangan tempatan (CKD) di Gurun, Kedah. 

Sekiranya benar, ini merupakan perkembangan yang signifikan dari MODENAS selaku pengedar dan pemasang motosikal Kawasaki di Malaysia. 

Untuk rekod, ketika ini MODENAS memasang beberapa model Kawasaki termasuk KLX230S, KLX230SM, Ninja 250, Z250, Versys-X 250, Ninja ZX-25R, Ninja ZX-25RR, Ninja ZX-4R, Ninja ZX-4RR, Ninja 650, Z650, Z650RS,  Versys 650 dan Z900 SE. 

Atas kertas, Ninja ZX-10R terus dikuasakan enjin empat silinder 998cc yang berupaya menjana 204hp dan 115Nm pada 11,400rpm.

Perkembangan rasmi mengenai status Kawasaki Ninja ZX-10R ini akan diketahui minggu ini.

Google ads
Back to top button