Motosikal

TERKINI: MODENAS BAKAL LANCAR KAWASAKI NINJA ZX-10R VERSI ‘MADE IN GURUN’ 

Dua tahun lalu kami telah pun melaporkan bahawa MODENAS mempunyai perancangan untuk memasang beberapa jentera bersesaran 1000cc ke atas selepas berjaya memasang model seperti Z900 dan Ninja ZX-6R. 

Terbaru, kami dimaklumkan bahawa kilang MODENAS di Gurun, Kedah itu bakal melakar satu lagi kejayaan besar apabila bakal melaksanakan pemasangan tempatan (CKD) bagi model superbike popular, Kawasaki Ninja ZX-10R. 

Menariknya, kami juga difahamkan bahawa MODENAS akan turut memperkenalkan Versys 1100 dan Ninja 1100 SX versi CKD tahun ini. 

Untuk rekod, ketika ini MODENAS memasang beberapa model Kawasaki termasuk KLX230S, KLX230SM, Ninja 250, Z250, Versys-X 250, Ninja ZX-25R, Ninja ZX-25RR, Ninja ZX-4R, Ninja ZX-4RR, Ninja 650, Z650, Z650RS,  Versys 650 dan Z900 SE. 

Bagaimanapun, model retro Z900RS akan kekal sebagai model CBU buat masa ini (bergantung pada permintaan pasaran). 

Google ads
Back to top button