BuletinMotosikal

MORBIDELLI T502X, T252X, F252 DAH TIBA DI PENGEDAR – DARI RM14,888

MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama motosikal Morbidelli di Malaysia mengumumkan ketibaan F252, T252X dan T502X di pusat pameran seluruh negara.

T502X 

Segmen yang satu ketika popular dengan Benelli TRK502X dan Honda CB500X akan kembali meriah dengan T502X yang hadir dengan harga jualan RM28,888

T502X ini dipacu enjin parallel-twin (dua silinder) 486cc 8V DOHC yang berupaya menjana 47hp pada 8,500rpm dan 45Nm pada 6,750rpm.

T502X ini menawarkan ketinggian tempat duduk setinggi 840mm dengan jarak antara tayar 1,465mm dan berat 210kg. Tangki bahan api 18L pula menjaminkan kekerapan isi minyak yang rendah. 

Suspensi terdiri dari fork USD 43mm dengan jarak gerak 180mm di depan dan penyerap hentak jenis Pro-Link di belakang dengan jarak gerak 69mm. 

Sistem brek pula merangkumi brek dua piston depan dan 1-piston belakang, masing-masing dibekalkan J.Juan. ABS dwi-saluran didatangkan secara standard dengan cakera brek 300mm depan dan 240mm belakang.

Perincian lain ditawarkan termasuk:

  • skrin TFT berwarna 7”
  • traction control
  • TPMS
  • dua mod menunggang
  • applikasi T-BOX dan fungsi SOS
  • sistem navigasi terbina
  • USB Type-A dan Type-C

T252X

Morbidelli T252X merupakan motosikal adventure yang dikuasakan enjin dua silinder 249.5cc DOHC yang berupaya menjana 33.5hp pada 10,000rpm dan 20Nm pada 10,000rpm. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk:

  • tangki bahan api berkapasiti 18L
  • fork USD depan dan penyerap hentak Pro-Link dibelakang
  • cakera 300mm depan dan 240mm belakang
  • berat 180kg, ketinggian tempat duduk 820mm
  • skrin TFT 7-inci 
  • ABS dual-channel
  • traction control
  • 3 mod (Standard, Sport dan Off-Road)
  • TPMS

Menariknya dengan harga jualan hanya RM16,888 pembeli akan turut menerima top box serta panniers, crash bar dan handguard secara standard. 

F252

Bagi peminat motosikal naked, Morbidelli F252 juga antara model yang wajar dipertimbangkan dengan harga jualan hanya RM14,888. 

Motosikal berkonsepkan street fighter ini menawarkan 31.5hp pada 11,000rpm dan 21Nm pada 9,500rpm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac assist dan slipper. 

Casis terdiri dari fork USD depan dengan jarak gerak 120mm dan penyerap hentak Pro-Link di belakang dengan jarak gerak 122mm. 

Antara kelengkapan ditawarkan termasuk skrin TFT 5-inci, lampu LED penuh, slot USB A dan C serta tangki bahan api berkapasiti 15L. 

Google ads
Back to top button