Motosikal

CIMA 2026: SWM DEDAH SPESIFIKASI 255XT – 27.9HP, 23NM

SWM telah mempamerkan skuter adventure 250cc serba baharu ketika di CIMA Motor 2026 baru-baru ini yang berlangsung di Chongqing, China.

Untuk rekod, MForce Bike Holdings bakal membawa masuk jenama SWM ke pasaran Malaysia sekitar tahun 2027 dan pengumuman tersebut dibuat ketika di Malaysia Bike Show 2026 yang diadakan Jun lalu. 

Ketika di MBS2026, MForce turut mempamerkan sebuah model skuter yang diberi nama SC250X. 

Bagaimanapun, SWM mengguna pakai nama 255XT ketika di CIMA Motor baru-baru ini dan menggunakan peluang tersebut untuk mendedahkan beberapa ciri penting yang ada pada skuter berkenaan. 

Untuk rekod, 255XT merupakan skuter yang unik kerana ketika pesaing lain menerapkan enjin satu silinder, SWM mengguna pakai enjin dua silinder 249.6cc 8-valve dengan 180-degree crank. Unit ini berupaya menghasilkan 27.5hp pada 8,000rpm dan 23Nm pada 6,500rpm.

Menariknya, enjjin serba baharu ini dibangunkan sepenuhnya di China dan menawarkan operasi enjin yang lancar meskipun pada RPM tinggi di samping menawarkan kadar gegaran enjin yang lebih terkawal berbanding unit satu silinder. 

Sementara itu, bahagian transmisi dan enjin pula berbeza dengan skuter konvesional sebaliknya enjin dipadankan secara terus dengan casis dan bukannya dengan swingarm. Pada masa sama, 255XT menggunakan final drive rantai berbanding tali sawat (belt). 

SWM 255XT ini juga menggunakan kerangka jenis tubular steel diamond yang diinspirasikan dari perlumbaan off-road dan rali. Bahagian suspensi belakang pula adalah jenis multi-link yang direka untuk menyerap hentakan kuat dan kestabilan optimum.

Skuter ADV ini turut menawarkan ciri berikut:

  • ketinggian tempat duduk 790mm
  • tangki 13L
  • berat 198kg
  • ABS dual-channel
  • traction control (boleh dipadamkan)
  • jarak kelegaan tanah 135mm
  • tayar 120/70-17 depan
  • tayar 160/60-15 belakang

Menurut SWM, ketika ini 255XT sudah pun memasuki peringkat akhir ujian dan skuter ADV ini akan menerima beberapa lagi ciri baharu menjelang pelancaran rasmi. 

GALERI: SWM 255XT

Google ads
Back to top button