Motosikal

ZXMOTO 820R SAH MASUK MALAYSIA  – 186KG, 130HP

Ketika malam pelancaran ZXMOTO 820RR, 500RR dan 500F di Kuala Lumpur pada Ahad, pihak ZXMOTO Malaysia turut mempamerkan beberapa model akan datang. 

Menariknya, antara model dipamerkan termasuk jentera streetfighter, ZXMOTO 820R serba baharu. Berbeza dengan 820RR yang merupakan jentera supersport jenis fairing penuh, 820R pula adalah versi naked.

Untuk rekod, 820R dikuasakan enjin tiga silinder 818.8cc 12-valve DOHC yang sama terdapat pada 820RR namun telah ditala semula. Hasilnya, unit itu kini menawarkan 130hp dan 78Nm. 

Ini bermakna, 820R ini lebih berkuasa dari Yamaha MT-09 dan Ducati Streetfighter V2. 

Maklumat lebih terperinci masih belum didedahkan kecuali motosikal streetfighter ini menawarkan ketinggian tempat duduk sekitar 820mm dan berat (basah) 186kg. Selain itu, ZXMOTO memaklumkan 820R ini turut menawarkan pakej suspensi dengan pelarasan penuh. 

Namun begitu, 820R masih mengekalkan pakej elektronik yang sama seperti 820RR antaranya 6-axis IMU, cornering ABS, lean-sensitive traction control serta riding mode. 

Ciri lain turut ditawarkan termasuk bi-directional quickshifter, sistem keyless, meter TFT, steering damper, cruise control dan launch control.

GALERI: ZXMOTO 820R

Google ads
Back to top button