Advertisements
Motosikal

ZXMOTO 820RR TIBA DI PASARAN – RM39,888

Selepas pelancaran rasmi pada September lalu, ZXMOTO 820RR akhirnya akan tiba di pasaran tempatan bermula 16 November ini (Isnin).

ZXMOTO Malaysia menawarkan model flagship itu dengan harga jualan RM39,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). 

Jentera supersport ini dikuasakan enjin tiga silinder 818.8cc DOHC yang berupaya menghasilkan 135hp pada 12,000rpm dan 80Nm pada 9,500rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan klac slipper dan fungsi bi-directional quickshifter. 

820RR ini turut dilengkapi dengan 6-Axis IMU sekaligus menawarkan fungsi Cornering ABS dan Cornering Traction Control secara standard di samping Launch Control, Cruise Control dan tiga mod menunggang; Rain, Road dan Sport serta Custom 1 dan Custom 2. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • TPMS
  • sistem keyless
  • ride-by-wire
  • cakera 320mm berkembar depan 
  • kaliper 4-piston TAISKO
  • cakera 200mm belakang 
  • kaliper 2-piston
  • fork KYB 41mm boleh laras sepenuhnya (manual)
  • berat 193kg
  • tangki 18L

Bagi pasaran Malaysia, ZXMoto 820RR hadir dengan tiga warna pilihan, Rebel Red, Ghost White dan Eclipse Black.

Google ads
Back to top button