Motosikal

ZXMOTO HANTAR JURUTERA DARI CHINA PANTAU PEMASANGAN MODEL DI MALAYSIA

Umum sedia maklum bahawa ZXMOTO Malaysia telah pun melancarkan tiga model untuk pasaran tempatan menerusi 500RR, 500F dan 820RR. 

Ketiga-tiga model tersebut adalah pemasangan tempatan (CKD) oleh MForce Bike Holdings. 

Bagi memastikan proses pemasangan berjalan lancar di samping mematuhi standard yang ditetapkan ZXMOTO, jenama motosikal dari China itu telah menerbangkan tiga jurutera berpengalaman bagi memantau proses berkenaan.. 

Menurut ZXMOTO Malaysia, ketiga-tiga individu itu turut berkongsi kepakaran kepada pasukan teknikal tempatan yang merangkumi semua peringkat pemasangan.

Google ads
Back to top button