
MOT NAFI KEGAGALAN BAYAR SAMAN JEJAS KELAYAKAN SUBSIDI BUDI95
Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan dakwaan kononnya kegagalan menjelaskan saman boleh menyebabkan kehilangan kelayakan subsidi petrol BUDI95 adalah tidak tepat.
MOT dalam kenyataan menegaskan, saman tertunggak dan kelayakan subsidi petrol BUDI95 merupakan dua mekanisme berasingan yang tidak mempunyai sebarang kaitan langsung secara automatik.
Berdasarkan dasar semasa, pemohon yang ingin memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95 perlu memenuhi syarat asas iaitu warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad.
Pemohon juga perlu memiliki lesen memandu yang aktif iaitu lesen yang masih sah atau yang telah tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun.
Dalam pada itu, MOT turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang trafik demi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya. – Berita RTM
- BACA: NISSAN NX8: SUV BAHARU DIDEDAHKAN DI CHINA, BUAT PATHFINDER NAMPAK KUNO
- BACA: LEAPMOTOR B10 RASMI DILANCARKAN – DUA VARIAN, JARAK GERAK 434KM, HARGA BERMULA RM107K
- BACA: KYMCO AK 575I 2026 LANCAR DI EROPAH – 52HP, 55NM
- BACA: BYD DAN DENZA MERIAHKAN DESA PARKCITY DENGAN FESTIVAL ‘LIGHT THE CHANGE’









