
KYMCO AK 575I 2026 LANCAR DI EROPAH – 52HP, 55NM
Jenama skuter popular dari Taiwan, KYMCO telah melancarkan skuter maxi terbaru menerusi Kymco AK 575i untuk pasaran global.
Selepas mencapai kejayaan menerusi AK 550 sebelum ini, Kymco menaik taraf model berkenaan dengan enji yang lebih berkuasa.

Bagi tahun 2026, AK 575i dikuasakan enjin dua silinder (parallel-twin) 574cc dengan 270-degree crank yang berupaya menjana 52hp pada 7,000rpm dan 55Nm sekaligus menandakan peningkatan dari 51hp dan 52Nm yang ditawarkan pada AK 550.
Menurut KYMCO, AK 575i ini menawarkan tiga mod yang terdiri dari Sport, Full Power dan Rain.

Kerangka utama mengguna pakai casis aluminium yang dipadankan dengan fork USD di hadapan dan monoshock di belakang yang turut dipadankan bersama swingarm aluminium. Berat keseluruhan skuter ini adalah 238kg dengan tangki 14.5L.
Antara perincian lain ditawarkan termasuk rim 15 inci depan dan belakang, Cornering ABS dan traction control. Menariknya, AK 575i ini turut dilengkapi dengan pakej brek Brembo M4.

Ciri lain turut dibawa dari AK 550 termasuk penghadang angin boleh laras secara elektronik, grip pemanas, USB Type-C serta pencahayaan LED dengan DRL.
Namun begitu, reka bentuk keseluruhan AK 575i ini masih sama seperti AK 550 tanpa sebarang perubahan.
GALERI: KYMCO AK 575i 2026




















