Motosikal

USAH HADIR RXZ FOREVER LEGEND JIKA DOKUMEN TIDAK LENGKAP – JPJ KELANTAN

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menasihatkan orang ramai untuk tidak menyertai acara RXZ Forever Legend sekiranya dokumen tidak lengkap ataupun motosikal telah diubahsuai secara ekstrem. 

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata pemeriksaan rawak akan dilaksanakan pada penunggang dan pembonceng motosikal yang menghadiri program RXZ Forever Legend yang akan berlangsung di RTC Tunjong pada 6 dan 7 Februari ini. 

“Fokus utama pemeriksaan ialah pemakaian topi keledar, tahap pengubahsuaian motosikal termasuk penggunaan ekzos terlalu bising.

“Ini bertujuan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara dan pematuhan undang-undang jalan raya terus dipatuhi oleh semua peserta program,” jelasnya. 

Pada masa sama, Mohd Misuari menasihati orang ramai untuk tidak hadir ke acara berkenaan sekiranya gagal mematuhi undang-undang. 

“Jika dokumen tidak lengkap atau menggunakan motosikal dengan pengubahsuaian ekstrem dinasihatkan supaya tidak hadir.

“Kalau lengkap, motosikal dalam keadaan standard dan datang dengan sikap berhemah, silakan hadir, kami alu-alukan,” tambahnya. 

Google ads
Back to top button