BuletinMotosikal

MOTOGP BRITISH: MARQUEZ RAIH PETAK PERTAMA. CATAT REKOD BARU LAGI!

Sesi kelayakan yang berakhir semalam di Litar SIlverstone, British menyaksikan persaingan sengit bagi merebut petak hadapan. Buat sekian lamanya, pelumba veteran Yamaha Valentino Rossi berjaya menduduki petak hadapan di grid kedua, beliau bersama-sama Marc Marquez yang mendahului pelumba lain dan diikuti Jack Miller dari pasukan Ducati.

Sejak sesi latihan bebas dimulakan pada Jumaat, banyak catatan keputusan menarik yang dapat dilihat pada pusingan kali ini. 10 pelumba dari FP11 hongga FP3 adalah yang terbaik dalam catatan masa mereka. Mereka adalah Quartararo, Rossi, Marquez, miller, Petrucci, Crutchlow, Vinales, Morbidelli, Nakagami, Dan Aleix Espargaro.

Catatan pusingan terpantas sebelum sesi Q2 ialah 1:58,547 yang dibuat oleh Fabio Quartararo di FP3. Ia rekod terbaik di litar Silverstone setakat sesi latihan bebas semalam.

Pada pusingan pertama (Q1) kerap laptime dibatalkan kerana banyak jentera terlepas sempadan litar, salah seorangnya Valentino Rossi.

REKOD BARU

Ketika mata tertumpu pada Fabio Quartararo untuk catatan rekod lebih baik, rupa-rupanya pelumba makhluk asing Marc Marquez yang berjaya membuat catatan rekod masa terpantas baharu di lap terakhir.

Marc mencatat masa 1:58,168 sekaligus mendahului pelumba lain di petak pertama perlumbaan hari ini diikuti Rossi dan Miller. Quartararo bermula di petak keempat bersama Alex Rins dan Maverick Vinales

Jangan lupa menyaksikan pertaruangan sengit perlumbaan yang akan berlangsung jam 8.00 malam ini waktu Malaysia.

Google ads
Back to top button