,
BuletinMotosikal

MOTOGP SEPANG KEMBALI UNTUK EDISI KE-20!

Tahun ini, genap 20 tahun perlumbaan berprestij MotoGP dilangsungkan dan Malaysia, selaku salah satu tuan rumah bakal meraikannya untuk tahun ke-20.

Pertama kali dianjurkan pada 1999, MotoGP telah menjadi platform yang melahirkan ramai pelumba berbakat negara seperti Zulfahmi Khairuddin, Adam Norrodin, Azlan Shah Kamaruzaman dan lain-lain lagi.

Sejak 2010, MotoGP mendapat sambutan memberangsangkan daripada peminat tempatan. Tahun lalu, ia menarik seramai 169,827 pengunjung dalam tiga hari acara tersebut dianjurkan.

Tahun ini juga merupakan tahun ke 10, Shell Malaysia menjadi penaja utama perlumbaan. Program yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 November itu nanti menyaksikan pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung.

Tahun ini juga lebih bermakna dengan kehadiran pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) menerusi pelumba Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Kita juga memiliki pelumba tempatan Hafizh Syahrin yang bernaung di bawah pasukan KTM Tech 3.

Apapun, ini adalah perlumbaan yang ditunggu-tunggu ramai. Kepada yang ingin mendapatkan tiket boleh terus layari www.sepangcircuit.com atau ke agen tiket tempatan.

Ingat tarikh ini

1, 2 , 3 November 2019!

Tags
Google ads
Back to top button