Motosikal

STATISTIK MENARIK TENTANG PERLUMBAAN MOTOSIKAL TERTUA DI DUNIA – MOTOGP

Mungkin ramai yang tidak mengetahui perlumbaan MotoGP ialah perlumbaan motosikal yang tertua di dunia. Hah, jangan main-main, sebelum tentu ramai yang ingat Formula 1 lagi tua kan? 13 Jun 2019 lepas merupakan tarikh keramat bagi MotoGP kerana ia merupakan hari ulangtahun ke-70 MotoGP.

Perlumbaan pertama berlangsung pada 13 Jun 1949 dan semestinya pada masa itu nama MotoGP belum lagi diperkenalkan. Perlumbaan sulung tersebut dikenali dengan nama Junior TT dan motosikal yang bertanding mempunyai kapasiti 350cc. Bersempena dengan ulang tahun ke-70 MotoGP ini mari kita semak statistik menarik mengenainya.

929

Sehingga ke saat ini sebanyak 929 pusingan GP telah dilangsungkan sejak dari tahun 1949.

117

Seramai 117 pelumba pernah muncul sebagai juara dunia GP. Pelumba dengan gelaran juara dunia paling banyak ialah Giacomo Agostini (15), Angel Nieto (13), Mike Hailwood (9), Valentino Rossi (9) dan Carlo Ubbiali (9).

372

Secara keseluruhan terdapat 372 pelumba yang pernah berada di podium teratas kelas GP sejak tahun 1949. Pelumba paling banyak mendapat tempat pertama ialah Giacomo Agostini (122), Valentino Rossi(115), Angel Nieto (90), Mike Hailwood (76) dan Marc Marquez (73).

111

Terdapat 111 orang pelumba yang tidak pernah menjadi juara GP sejak tahun 1949. Adoi, malang betul ni.

718

Sejak tahun 1949 terdapat 718 pelumba yang naik kelas dan berjaya merebut kedudukan podium. Valentino Rossi merupakan pelumba paling banyak menaiki podium dengan 234 kali diikuti oleh Agostini (159), Dani Pedrosa (153), Jorge Lorenzo (152) dan Angel Nieto (139).

29

Pemenang perlumbaan GP datang daripada 29 negara. Itali paling ramai pemenang dengan 811 kemenangan, Sepanyol (609), Britain (383), Jerman (191) dan Australia (180).

30

Sejak tahun 1949 terdapat 30 negara yang menjadi lokasi perlumbaan GP motosikal dunia termasuklah Malaysia. Sepanyol paling kerap menjadi penganjur dengan 400 kali penganjuran dan diikuiti oleh Itali dengan 347 kali.

776

Walaupun Ducati menggelarkan diri mereka sebagai ‘founding father’ terutama sewaktu isu aerogate tempohari tapi di atas kertas Honda merupakan pengeluar paling berjaya dengan kejuaraan GP sebanyak 776 kali diikuti oleh Yamaha (502), Aprilia (294), MV Agusta (275) dan Suzuki (157). Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Dorna okey dan nama Ducati memang tidak tersebut dalam statistik di atas. Adoi, Pok Ya baru berangan nak beli stiker Ducati tampal dekat skuter Moskito.   

Google ads
Back to top button