
NISSAN LANCAR SKYLINE 2019 DI JEPUN – ADA 4 VARIAN & ProPILOT 2.0
Nissan baru sahaja melancarkan model sedan Skyline ke pasaeran Jepun yang dilengkapi teknologi bantuan pemandu ProPILOT 2.0 terkini.
Nissan memberitahu ProPILOT 2.0 ialah sistem bantuan pemandu pertama di dunia yang menggabungkan ciri keupayaan memandu tanpa perlu memegang stereng ketika berada di lebuh raya.

Sistem tersebut direka untuk pemanduan di lebuh raya dan selari dengan sistem navigasi kenderaan. Pemandu hanya perlu menetapkan destinasi dalam sistem navigasi dan memilih laluan yang telah ditetapkan.
Apabila kenderaan memasuki lebuh raya, pemandu perlu mengaktifkan sistem pemanduan semi-autonomi.
Nissan dilihat begitu yakin dengan sistem itu apabila menyatakan pemandu tidak perlu memegang stereng ketika kenderaan sedang begerak di laluan yang telah ditetapkan.

Tetapi mereka masih perlu mengubah laluan secara manual (memusing stereng seperti biasa).
ProPILOT 2.0 juga memantau tahap kepekaan pemandu. Jika pemandu gagal member maklum balas terhadap sesuatu amaran, sistem akan menyalakan lampu amaran sebelum memperlahankan dan memberhentikan kereta.
Selain ProPILOT 2.0, Skyline baharu juga menerima beberapa penambahbaikan kecil seperti gril V-Motion.

Bahagian belakang pula lebih menyerlah dengan grafik berbentuk bulat pada lampu yang dilihat meniru model-model Skyline yang biasa kita lihat sebelum ini.
Pelanggan di Jepun boleh membeli Skyline baharu yang ditawarkan dalam empat gred iaitu GT, GT Type P, GT Type SP dan 400R.
Nama varian terakhir itu diinspirasikan daripada model ikonik R33GT-R Nismo 400R dan dikuasakan oleh enjin turbo berkembar V6 bersesaran 3.0 liter.
Ia menjadi model palung berkuasa dengan 400hp dan tork 475Nm. Sementara tiga lagi varian itu menawarkan kuasa 300hp sahaja.
- BACA: HARGA NISSAN GT-R 50TH ANNIVERSARY EDITION DAH KELUAR – RM483K!
- BACA: #IKLANPILIHAN: NISSAN SKYLINE R33 DENGAN JANTUNG 2JZ!
- BACA: NISSAN ALMERA BAHARU SEDANG DIUJI. SAH LANCAR TAHUN DEPAN!
- BACA: NISSAN NAIK TARAF NAVARA 2020 – ENJIN TWIN-TURBO, 190PS & TORK 435NM
GALERI