Buletin

MUGEN SERLAHKAN LAGI SISI SPORTY HONDA S660. HARGA RM23K JE

Pakar penala Honda, Mugen melancarkan pakej naiktaraf khusus untuk model facelift Honda S660.

Kit badan terbaharu ini mendapat inspirasi daripada model konsep Mugen S660 yang dipertontonkan pada Tokyo Auto Salon 2020. 

Di bahagian luaran, aksesori  ditawarkan termasuk bumper hadapan aero, skirt sisi, dan bumper belakang yang diperbuat daripada bahan PPE. 

Kemasan pada bumper hadapan didatangkan dengan warna dua tona digabung warna badan jentera berwarna metalik Dark Gun.

Mugen juga menawarkan peralatan opsyen lampu kabus LED dan pakej iluminasi aero. Bumper belakang juga boleh dipadankan muffler standard atau sport silencer dari Mugen. 

Terdapat juga skirt sisi serta spoiler Mugen Power yang menyerlahkan lagi rekaan sporty.

Selain itu, pakej ini didatangkan bersama set rim aluminium forged FR8 dengan kemasan cat Graphite Gun metalik bersaiz 15 inci hadapan, dan 16 inci belakang, masing-masing dibaluti tayar 165/55 R15 dan 195/45 R16. 

Bagi meningkatkan prestasi pengendalian, Mugen menawarkan Yamaha Performance Dampers yang mampu mengurangkan kadar gegaran dan bunyi bising pada permukaan kasar.

Ia turut dapat memastikan peningkatan kestabilan dan pengendalian Honda S660 ini. Pakej terbaharu ini ditawar pada harga RM 23,050. -carscoops

Google ads
Back to top button