Buletin

BODYKIT BAHARU MUGEN UNTUK CIVIC TYPE R. CANTIK KE BURUK NI?

Pelbagai pendapat yang diperkatakan tentang Honda Civic Type R. Ada yang mengatakan ia merupakan antara jentera paling berkuasa selepas membuktikan kemampuan di litar Nurburgring, Jerman.

Dari sisi lain pula, sentuhan gaya kereta ini sangat mengujakan sampai kanak-kanak berusia 8 tahun pun menyedari kehadirannya ketika menonton filem Fast and Furious.

Sekiranya anda merasakan rekaan Honda Civic Type R sporty dan hebat. Mugen secara rasmi memperkenalkan versi produksi untuk Civic Type R 2020 di pasaran Jepun.

Pakar penala Honda berkenaan menawarkan kit penambahbaikkan dari segi aerodinamik terbahagi kepada tiga bahagian kemasan hood gentian karbon, sayap spoiler gentian karbon dan spoiler di bahagian bawah.   

Penambahan ini bukan direka secara suka-suka bersesuaian dengan watak garang jentera Honda Civic Type R.

Para pereka ini melakukan analisis komputer terlebih dahulu untuk meningkatkan pelesapan haba dan kualiti aerodinamik secara keseluruhan.

Di bahagian hood terdapat saluran khas dalam mengalirkan air hujan agar ia tidak memasuki enjin.

Selain itu, pengaliran udara lebih sistematik dalam rekaan dapat mengalirkan udara panas dengan berkesan.

Rekaan sayap spoiler bahagian belakang pula direka dengan teliti. Ia boleh dilaras melalui empat pendekatan bagi memastikan keberkesanan sistem aerodinamik.

Sayap spoiler yang lebih agresif itu boleh digantikan dengan gentian kaca jika tidak mampu membeli gentian karbon.

Para penggemar hot hatch Honda boleh mendapatkan hood ini pada harga AS$9,350 (RM40,000).

Sayap spoiler gentian karbon lebih murah sekitar AS$8,420 (RM36,000), manakala gentian kaca boleh dibeli pada harga AS$2,520 (RM10,800). – carbuzz.

Google ads
Back to top button