Buletin

MUGEN PERKENAL AEROKIT DASH & SKIP UNTUK JAZZ 2020. BARULAH NAMPAK SUKAN SIKIT…

Honda Jazz generasi keempat dilancarkan secara rasmi pada acara Tokyo Motor Show 2019.

Model yang ditunggu ramai itu menerima pelbagai reaksi apabila tampil dengan rekaan kurang sporty berbanding generasi terdahulu. Reka bentuknya yang bulat membuatkan ramai kurang berminat dan dikatakan lebih sesuai untuk golongan wanita.

Bagi menjadikan Jazz atau dipanggil Fit di pasaran Jepun tampil lebih menarik, firma talaan jentera Honda terkenal, Mugen memperkenalkan dua pilihan aerokit untuk Jazz 2020.

Dikenali sebagai Mugen Dash dan Skip, ia nyata mengubah personaliti Jazz menjadi jauh lebih sporty dan elegan.

Honda Mugen Dash

Bahagian hadapan aerokit Mugen Dash berwarna merah ini hadir dengan bampar lebih dinamik. Gril hadapan menggunakan kit gentian karbon berwarna hitam yang nipis.

Perumah cermin sisi dan skirting hadapan juga diwarnakan hitam. Bahagian sisi pula diserlahkan dengan skirting yang sama warna badan dan rim rekaan eksklusif Mugen.

Sisi sporty bahagian belakang dapat dilihat dengan jelas menerusi spoiler. Komponen tengah di anatara lampu belakang menggunakan material gentian karbon. Sementara bahagian bawah bampar didatangkan dengan rekaan unik.

Honda Mugen Skip

Sekali pandang, aerokit Mugen Skip macam tak jauh beza dengan Dash. Ruang hadapan turut menggunakan kemasan gentian karbon pada gril. Tidak ketinggalan skirting nipis dengan warna badan da rim rekaan baharu.

Hadir dengan konsep lebih elegan dan ringkas, aerokit Skip merangkumi spoiler, skirting sisi dan sebagainya.

Mugen juga menawarkan beberapa peralatan ke ruang kabin seperti butang penghidup enjin, tempat duduk kulit, penutup minyak enjin dan banyak lagi.

Jazz dikuasakan oleh enjin Earth Dreams Honda bersesaran 1.5 liter dan sistem motor berkebar i-MMD. Ia mampu menjana kuasa 109PS dan tork 253Nm dengan pecutan 0-100km.j dapat dicapai dalam masa 9.4 saat.

sumber: Response.JP

Google ads
Back to top button