Artikel Pilihan

SEJARAH TOYOTA CAMRY. SEDAN PALING LARIS DI AMERIKA SELAMA 17 TAHUN

Selain terkenal dengan Toyota Corolla yang menjadi kereta paling laku di dunia, Toyota juga terkenal dengan model Camry yang dijual di serata dunia. Walaupun Camry bukanlah paling pantas, model lama tidak setangkas model baru, bukanlah dilengkapi dengan enjin paling baru namun tidakkah anda hairan ia menjadi default choice kepada bos-bos syarikat yang mahu sebuah kereta syarikat, atau pilihan ketua jabatan kerajaan.

Jadi kami bawakan kepada anda fakta menarik berkenaan Toyota Camry kepada anda

1. Perkataan Camry diadaptasi dari perkataan Jepun iaitu kanmuri (ja:冠, かんむり), meaning “crown (terima kasih Wikipedia). Kalau anda perasan, memang dari dulu lagi Toyota gemar menamakan kereta mereka dengan nama mahkota. Malah Corolla juga membawa maksud Little Crown. Tapi dalam sejarah, Corolla dijual terlebih dahulu berbanding dengan Camry

2. Toyota Camry dihasilkan untuk Toyota bersaing dengan Honda dan Nissan selepas mereka mendapati model Corona sudah ketinggalan. Model JDM mereka dikenali dengan kod V10 bagi menggantikan model Corona. Namun bagi pasaran luar seperti Amerika dan Australia, Toyota menghasilkan model yang lebih lebar yang dikenali dengan kod XV10.

3. Ketika ia mula diperkenalkan sebagai pengganti Corona, ia menggunakan nama Toyota Celica Camry (1980-1982). Walaupun menggunakan nama Celica, ia langsung tidak memiliki persamaan mekanikal dengan Celica namun banyak menggunakan komponen dari Toyota Carina. Nama Camry digunakan semula bermula tahun 1982 sebagai kereta sedan 4 pintu saiz sederhana.

4. Untuk pasaran Malaysia, kita mula menerima Camry dari generasi XV10 sehinggalah generasi terbaru XV70 yang menggunakan cesi Toyota New Global Architecture bagi kualiti pemanduan yang lebih dinamik dan sporti. Generasi baru juga dilengkapi dengan enjin Dynamic Force yang lebih cekap tenaga dan berkuasa.

5. Walaupun model Camry dianggap sebagai mid-size sedan bagi pasaran Amerika, Camry merupakan sedan segmen D yang berada dalam kelas mewah menjadikan ia pilihan utama sebagai kereta untuk membawa bos ke mesyuarat, kereta pilihan Limo Eksekutif dan juga dijadikan kenderaan rasmi untuk Ahli Dewan Undangan Negeri. salah satu sebabnya ialah ia amat selesa, ruang kaki belakang yang luas serta senyap.

6. Pada tahun 2013, Toyota Camry dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Car of the Year 2013 mengalahkan pesaing dari Kia dan Hyundai. Penganalisis berpendapat keadaan ini berubah disebabkan pembeli Korea sebelum ini membeli kereta disebabkan semangan patriotik menukar cara pembelian dengan memilih produk yang lebih baik tanpa mengira logo jenama

7. Toyota Camry pernah dihasilkan dalam bentuk sedan 5 pintu, wagon 5 pintu, coupe 2 pitu yang sporti, cabriolet (tanpa bumbung) namun rekaan terbaru ini kekal dalam rekaan sedan. Jika anda perasan, rekaan terbaru ini lain sedikit daripada rekaan sebelumnya. Ia direka oleh Ian Cartabiono dari Calty Design Research iaitu studio rekaan Toyota di Amerika. Ian juga bertanggungjawab mereka beberapa model Lexus.

8. Pada awal pengenalan, Toyota Camry dipadankan dengan enjin bersaiz 2000cc, 2200cc, dan juga 3000cc V6. Beberapa enjin baru diperkenalkan seperti 2500cc dan juga 3500cc. Enjin ini dipadankan dengan beberapa pilihan transmisi seperti 5 kelajuan manual, 4 kelajuan automatik, 6 kelajuan automatik dan terkini 8 kelajuan automatik

9. Model Camry XV40 mula diperkenalkan dengan varian hibrid dengan teknologi Hybrid Synergy Drive. Sistem ini dipadankan dengan enjin 2400cc bagi menghasilkan kuasa sistem keseluruhan sebanyak 188 kuasa sebelum disalurkan transmisi CVT. Model terbaru Camry XV70 hibrid menawarkan penggunaan petrol sehingg 22km per liter

10. Bagi pasaran Amerika, Toyota Camry TRD turut ditawarkan dengan pilihan enjin V6. Ia dibekalkan dengan enjin 3500cc V6 yang menawarkan kuasa 301 kuasa kuda dengan transmisi 8 kelajuan automatik. Selain dari penggayaan agresif, versi TRD datang dengan suspensi depan 44% lebih keras pada bahagian depan, 67% keras pada bahagian belakang, rotor brek yang lebih besar

Google ads
Back to top button