Artikel Pilihan

MYAIRLINES KEHILANGAN KESEMUA PESAWAT MEREKA – 5 DARIPADANYA KINI SERTAI AIRASIA

MYAirline Sdn Bhd kini tidak mempunyai pesawat selepas kesemua 10 pesawat mereka dikembalikan kepada syarikat pemilik asal. Ia berlaku hanya sebulan selepas operasi mereka ditamatkan pada 12 Oktober lepas.

Menurut Business Times, pemilik asal pesawat membuat permohonan untuk membatalkan pendaftaran 5 pesawat A320 tersebut kepada Jabatan Penerbangan Awam Malaysia. 5 unit lagi kini berada di tangan penyewa baharu, AirAsia.

Penganalisis industri kurang yakin dengan kemampuan MYAirline untuk bangkit kembali dari masalah dalaman mereka tanpa pesawat. Macam mana nak operasikan syarikat penerbangan tanpa pesawat?

Pasaran untuk pesawat seperti A320 sekarang memang cukup laris. Kesukaran Airbus untuk memenuhi permintaan menjadikan pasaran pesawat seumpama ini menjadi rebutan di antara syarikat penerbangan.

Bukan hanya harganya semakin mahal tapi kos sewaannya juga semakin meningkat. Itulah jadinya bila permintaan melebihi pengeluaran. Kos sewaannya kini semakin meningkat berbanding beberapa tahun terdahulu.

MYAirline menyewa 10 pesawat tersebut dari 8 syarikat berbeza. Bayangkan kerugian yang terpaksa ditanggung bila operasi penerbangan digantung serta merta macam ni.

Antara pihak yang menanggung kerugian besar ialah SIA Engineering yang mempunyai kontrak penyelenggaraan selama 10 tahun dengan MYAirlines. Dah tentu cecah jutaan RM kerugiannya.

Dipetik dari laporan nst.com.my

Google ads
Back to top button