Buletin

HONDA UNI-ONE, BANTU MANUSIA BERGERAK TANPA BERJALAN

Honda bukan sahaja menghasilkan kereta dan motosikal malah pelbagai lagi barangan lain seperti mesin rumput dan enjin sangkut untuk bot.

Honda juga begitu meminati robot dan terbaru memperkenalkan UNI-ONE iaitu sebuah perkakasan mobiliti peribadi.

Seseorang individu boleh duduk di atas UNI-ONE sambil tangan dalam keadaan bebas dan bergerak ke sana ke mari.

Kerusi UNI-ONE mempunyai fungsi larasan ke atas dan bawah bagi mengekalkan hubungan mata apabila berinteraksi.

Sebagai contoh, kerusi dinaikkan apabila berinteraksi dengan individu yang berdiri dan direndahkan apabila bersama individu yang sedang duduk atau kanak-kanak.

Bergerak ke sana ke mari bermakna pengguna UNI-ONE boleh menunggang untuk pelbagai tujuan dan Honda mensasarkannya digunakan di tempat kerja, taman rekreasi dan sebagainya.

Satu daripada lokasi yang memanfaatkan UNI-ONE ialah Gotemba Premium Outlets di Jepun.

Pusat membeli-belah itu menggunakan dua unit UNI-ONE secara percubaan dan berbayar bermula dari 10 November 2023 hingga penghujung Mac 2024.

Gotemba Premium Outlets mempunyai kawasan membeli-belah yang dianggarkan seluas sembilan stadium Tokyo Dome.

Setara dengan keluasan, pusat itu mempunyai ramai kakitangan pengurusan fasiliti yang sentiasa meronda bagi memastikan persekitaran selamat dan selesa.

Tugas tersebut mencetuskan beberapa isu seperti fizikal dan usia dan menjadi cabaran untuk mendapatkan sumber manusia.

Di dalam mencari penyelesaian, mereka menyedari potensi UNI-ONE dan membuat keputusan untuk menggunakannya sebagai percubaan.

UNI-ONE akan digunakan kakitangan keselamatan untuk meronda dan Honda akan membuat penilaian tentang keberkesanannya dalam mengurangkan keletihan dan interaksi bersama pelanggan.

UNI-ONE menggunakan teknologi kawalan keseimbangan yang dihasilkan dari penyelidikan robotik Honda dan mekanisma roda unik iaitu Honda Omni Traction Drive System.

Teknologi itu membolehkan pegerakan 360 darjah ke depan, belakang, kanan dan kiri.

Spesifikasi utama Honda UNI-ONE:

  • Saiz (panjang, lebar, tinggi): 650 × 580 × 950 mm (kedudukan tinggi), 770 × 680 × 770 mm (kedudukan rendah)
  • Berat: 70 kg
  • Berat maksimum penunggang: 110 kg
  • Kelajuan maksimum: 6 km/j (boleh ditetapkan pada 4 km/j)
  • Jarak: 8 km (bergantung kepada keadaan pemanduan)
  • Bateri: Litium-ion
  • Tempoh pengecasan: Sehingga dua jam
  • Kadar kalis air: IPx4

BACA: HONDA E-CLUTCH, BANTUAN CEKAM BAHARU UNTUK MOTOSIKAL HONDA

BACA: HONDA N-BOX Slope 2023, BOLEH BAWA KERUSI RODA, DARIPADA RM58 RIBU

BACA: HONDA ACCORD GEN 11 MASUK JEPUN PADA 2024, ENJIN HIBRID 2.0 e:HEV

BACA: HONDA PROLOGUE, SUV ELEKTRIK DENGAN JARAK PANDU SEHINGGA 482 KM!

BACA: ENJIN V8 BF350 VTEC DARI HONDA, BUKAN UNTUK KERETA TAPI ENJIN SANGKUT!

BACA: HONDA MONKEY DAN SUPER CUB C125 TERUS DITAWAR DI AS

BACA: HONDA N-BOX GENERASI KETIGA DIPERKENAL DI JEPUN, REKAAN SAMA TETAPI TIDAK SERUPA!

BACA: INI KOS SERVIS HONDA WR-V, SERENDAH RM 268 SAHAJA

Google ads
Back to top button