Buletin

LEXUS GX 460 PREMIUM AAP BUILD, CONTOH SUV MEWAH UNTUK OFF-ROAD

Lexus GX generasi ketiga diperkenalkan pada Jun 2023 dan tidak menjadi masalah untuk Lexus mempamerkan GX 460 Premium 2022 di SEMA 2023.

GX yang dibawa bukan biasa-biasa kerana sudah diubah suai untuk mengembara dan bersantai di dalam hutan dan pelbagai lokasi.

GX digerakkan enjin 4.6 liter V8 yang menghasilkan 301 kuasa kuda (hp) dan tork 446Nm.

Secara tradisinya, GX dibekalkan enjin besar belaka dan berubah pada generasi ketiga dengan pilihan enjin lebih kecil iaitu 3.5 liter V6 turbo berkembar atau 2.4 liter turbo hibrid.

GX yang menyerlah ini dibalut Matte Yellow Saffron dan padanan tayar Toyo® Open Country A/T 34 inci bersama rim 18 inci.

Warna garang dan tayar tebal menjadi pakej yang menampilkan sisi lasak kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah ini.

Turut dipasang penahan batu sisi CBI Offroad dan plat pelindung (skid plate) penuh bagi membantu meredah laluan off-road yang mencabar.

Sesudah sampai ke destinasi atau semasa berehat, buaian Kammok® Roo menjadi tempat untuk pemandu atau penumpang melabuhkan badan.

Buaian saiz sepuluh kaki itu disangkut pada tiang Kammok® Outpost Overland dan ditumpang pada rak bumbung Prinsu®.

Untuk membawa bekalan makanan, peti sejuk kalis cuaca ARB® Elements boleh menyimpan stok bahan mentah.

Pakej peti sejuk itu terdiri daripada gelangsar ARB® dan pelapik Goose Gear® Rear Plate System untuk praktikaliti dan perlindungan.

Turut dibekalkan pemampat udara mudah alih, Kit Penyelamat Weekender ARB® dan papan penyelamat TRED.

Panel aksesori cermin belakang Prinsu® ditempatkan pada penumpang sisi untuk ruang simpanan yang optimum.

BACA: LEXUS GX 2024, BANGKIT NOSTALGIA JIP LAMA, 3.5L TURBO V6, 2.4L TURBO HIBRID

BACA: LEXUS LC 500 ULTIMATE EDITION 5.0L V8, MODEL COUPE DAN BUKA BUMBUNG!

BACA: LEXUS LBX, SUV KECIL PLATFORM GA-B, 1.5L 3 SILINDER HIBRID

BACA: LEXUS LM 2024. HIBRID TURBO 2.4L DAN 2.5L, 4, 6 & 7 TEMPAT DUDUK, SKRIN 48″

Google ads
Back to top button