SUAMI ISTERI SELFIE SELEPAS TERSELAMAT INSIDEN PESAWAT AIRBUS A320 REMPUH TRAK BOMBA
Sekurang-kurangnya dua anggota bomba terbunuh selepas trak bomba dilanggar oleh pesawat Airbus A320 LATAM Airlines ketika berlepas daripada Lapangan Terbang Jorge Chavez, Peru.
Menurut pegawai keselamatan, Aurelio Orellana, kejadian tersebut turut menyebabkan seorang anggota penyelamat berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami trauma kepala.
Siasatan awal mendapati gear pendaratan rosak, tetapi juruterbang mengambil keputusan untuk meneruskan penerbangan dengan bahagian kanan pesawat tersebut mengheret landasan kapal terbang hingga mengeluarkan percikan api.
Apabila ia telah berhenti, pesawat itu mengeluarkan kepulan asap dengan bahagian belakang kapal terbang hangus terbakar.
Syarikat penerbangan LATAM berkata, kesemua 120 penumpang atau kru berada dalam keadaan selamat dan tiada kemalangan maut.
Salah seorang penumpang, Enrique Varsi-Rospigliosi berkongsi gambar bersama isterinya dengan berlatarbelakangkan pesawat tersebut. Dia menulis bahawa kehidupan memberi mereka peluang kedua.
Foto itu serta-merta menjadi viral, terutamanya selepas laman Facebook popular, A320 Systems, berkongsi gambar itu, menyatakan bahawa ia adalah “selfie of the year.”
Walau bagaimanapun, netizen mengecam tindakan mereka kerana menyiarkan gambar tersebut ketika dua anggota bomba terbunuh dalam kejadian itu.
Sesetengah netizen telah mengkritik mereka dengan pedas, memanggil pasangan suami isteri itu dengan gelaran bodoh dan badut.
Seorang pengguna menggelar mereka sebagai kurang ajar tetapi menyebut bahawa pasangan itu mungkin tidak menyedari terdapat dua anggota bomba terbunuh semasa mengambil swafoto.
Pengurus besar LATAM Peru, Manuel van Oordt, berasa terkejut anggota bomba berada di landasan kapal terbang. “Kami tidak tahu apa yang dilakukan oleh trak itu di sana,” kata Manuel Van Oordt.
- BACA: KENAPA PESAWAT AIRBUS A380 GAGAL DAN TIDAK AKAN BEROPERASI LAGI
- BACA: SELEPAS GUNA KURANG 3 TAHUN, MALAYSIA AIRLINES PULANGKAN PESAWAT AIRBUS A380 KE TARBES
- BACA: PENUMPANG OKU TERPAKSA MERANGKAK KELUAR DARI PESAWAT, JETSTAR MOHON MAAF
- BACA: FINLAND TUTUP LEBUHRAYA SEPANJANG 4.5KM, ADAKAN LATIHAN PENDARATAN PESAWAT