Buletin

NAK KATA KERETA KE PESAWAT RINGAN NI?

Peminat jentera pemotoran memiliki pelbagai ragam. Ini merupakan bukti nyata apabila Chevrolet Tracker digabungkan bersama pesawat ringan Cirrus SR22 menjadi kenderaan.

Bagaimanapun, kenderaan yang dibina pada tahun 2018 ini tidak boleh terbang di udara.

Jika anda ingin sesuatu yang lain daripada lain, ini jawapannya dan boleh membida di website eBay.

Pemilik kenderaan ini menyenaraikan di laman eBay. Sehingga kini, bidaan adalah sebanyak AS$9,500 (RM 39,838).

Ini merupakan kali kedua pemilik menyenaraikan di eBay kerana gagal dijual pada kali pertama.

Kemungkinan besar disebabkan rupa bentuk Caroplane ini agak ganjil dan buruk.

Mana tidaknya, kenderaan yang boleh menampung tiga penumpang didatangkan dengan bahagian hadapan merupakan Tracker manakala bahagian belakang pula Cirrus.

Caroplane mendapat khidmat enjin empat silinder, transmisi automatik dan pacuan empat roda.

Selain itu, ia dilengkapi sistem penghawa dingin, kamera sokongan, tali pinggang keledar, sistem PA dan siren.

Dengan jarak perbatuan sejauh 8,046 km, kenderaan ini tidak menyalahi undang-undang digunakan di atas jalan raya.

Kalau anda hendak menjadi perhatian khalayak mungkin boleh membida kenderaan pelik ini. –carscoops.

Google ads
Back to top button