Artikel Pilihan

PONTIAC AZTEK – APA KE PELIKNYA SUV NI

Pontiac barangkali lebih dikenali dengan penghasilan model model kenderaan yang kelihatan menarik dan sporty. Tapi apabila melihatkan rekaan SUV ini, memang boleh membuatkan kita urut dada menahan sabar. Inilah dia Pontiac Aztec, sebuah SUV dengan rekaan yang pelik lahir daripada tahun 2001 hingga ke tahun 2005.

Sedikit sejarah untuk kita kenang, Pontiac ini merupakan sebuah jenama yang berasal daripada Amerika Syarikat semenjak tahun 1926 lagi. Kini jenama Pontiac ini berada di bawah naungan Kumpulan GM yang mana model mereka banyak juga terdiri daripada yang berunsurkan sporty. Tapia entah mengapa model SUV ini kelihatan sedikit pelik. Nak kata sporty pun tidak, nak kata elegan jauh sekali. Tapi inilah dia Pontiac Aztek.

Pontiac Aztec ini merupakan sebuah SUV yang sepatutnya kelihatan sangat urban dan sporty ini dikeluarkan pada tahun 2000. Orang yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk model ini adalah Tom Peters selaku Ketua Jurutera yang kemudiannya telah mereka bentuk Chevrolet Corvette (C7) yang kelihatan cukup menggiurkan. Pontiac Aztek ini dibina berdasarkan daripada pelantar model minivan Pontiac Montana yang telah dikurangkan kepanjangannya.

Kepelikan SUV ini bermula dengan rekaan di bahagian hadapan lagi apabila lampu utama dan signal terpisah di bahagian atas dan bawah. Dan kepelikannya berterusan di bahagian gril yang menyerupai serombong kapal berkembar (lubang hidung lah senang cakap).

Dan melihatkan dari sisi juga masih kelihatan pelik apabila sebenarnya Pontiac ini tidak mempunyai ketinggian yang sepatutnya untuk sebuah SUV. Lebih kepada Crossover sahaja. Tapi masalahnya proposisi ketinggian badan kenderaan macam tak berapa ngam. Dan kepelikan Pontiac Aztek ini berakhir di bahagian belakang akhirnya. Terlalu radikal mungkin rekaannya.

Bagi membuktikan kepelikannya, Pontiac Aztek ini pernah menduduki senarai teratas anugerah kereta terpelik di beberapa terbitatan terkemuka seperti di The Daily Telegraph dan juga majalah Time.

Walaupun pelik, namun Pontiac Aztek ini tidaklah kodi sepenuhnya. Ianya dikuasakan dengan enjin 3.4 liter V6 dengan kotak gear empat kelajuan. Malah Pontiac Aztek ini turut dilengkapi dengan pacuan semua roda. Setakat nak tempuh laluan bersalji masih ok lagi.

Dan tahukah bahawa Pontiac Aztek ini menerima sambutan jualan yang boleh tahan hebat? Di khabarkan rekod jualannya mencecah sehingga 119,692 unit! Pelik bukan?

BACA : TOYOTA TJ CRUISER – GABUNGAN VAN SUV PELIK INI AKAN DIPRODUKSI

BACA : SUZUKI X-90 – SUV ERA 90AN YANG FUNKY

Google ads
Back to top button