
Kata orang, rupabentuk adalah subjektif, tapi kalau ditanya pada kami, generasi baru KTM ni lain sangat rupabentuknya. Lampu depan dia yang kami paling tak boleh terima.
Atau bahasa pasarnya – buruk
Dan meskipun buruk, KTM tetap mengeluarkan varian baru di pameran EICMA 2019 yang sedang berlangsung di Milan, Itali. Model yang dimaksudkan ialah Adventure 390.
Model ini diasaskan daripada Duke 390 yang diidatangkan dengan enjin satu selinder 373 cc, empat lejang, sejukan cecair. Ia menghasilkan 43 hp dan 37 Nm tork.
Dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dengan bantuan slipper clutch.

Antara imej yang dikekalkan ialah kerangka trellis. Dan suspensi hadapan didatangkan dengan fork USD bersaiz 43mm dengan jarak lega 170mm, lebih panjang berbanding model Duke.
Buat pertama kalinya juga, bahagian hadapan KTM 390 Adventure ini dipasangkan dengan roda 19-inci di depan dan mengekalkan roda 17-inci di belakang.
Breknya pula bersaiz 320mm di depan dan 230mm di belakang. Ia dilengkapi dengan brek ABS depan dan belakang.

Spoiler tangki dan panel sisi belakang telah direka dengan lebih lebar untuk lebih keselesaan perjalanan jauh.
Akhirnya KTM sudah ada pilihan motosikal adventure yang lebih kecil. Antara model KTM lain yang turut dilancarkan di EICMA 2019 ialah 1290 Super Duke R dan 890 Duke R.