Artikel Pilihan

KEMALANGAN PALING PELIK DALAM SEJARAH AUTOMOTIF

Kereta langgar bulldozer? Biasa dengar kan. Kereta dipandu pemabuk langgar orang, selagi tiada undang-undang yang kuat digubal secepat mungkin lama-lama jadi biasa. Kali ini kami akan bercerita kemalangan yang memang pelik dan tak terjangkau dalam fikiran kita pun. Kemalangan ini tidak melibatkan filem Fast and Furious yang mengarut tue.

Ini memang betul-betul terjadi dan tercatat dalam sejarah. Haa tunggu apa lagi, mari mulakan carta kemalangan pelik kita.

1. Kereta kebal M60 langgar kereta – pada 17 May 1995 seorang veteran askar US dan juga bekas pemandu kereta kebal M60 Patton Shawn Nelson menceroboh masuk ke dalam gudang simpanan kereta kebal di San Diego, membawa kereta kebal tersebut keluar dari gudang.

Nasib baik ketika kejadian, kereta kebal tersebut tidak dipasang dengan senjata. Namun ia tidak menghalang Shawn memandu kereta kebal tersebut dengan melulu di jalan raya. Shawn melanggar 40 buah kereta yang diparkir di tepi jalan, lampu isyarat, pili bomba, sebuah RV dan cuba meruntuhkan flyover.

Kejadian amuk ini berhenti apabila kereta kebal itu tersangkut di pembahagi lebuh raya, memberi peluang untuk polis memujuk Shawn supaya menyerah diri. Apabila Shawn cuba melawan, dia ditembak oleh polis di dalam kereta kebal. Siasatan polis mendapati Shawn mengalami masalah mental, cenderung untk membunuh diri setelah mengalami kematian ahli keluarga dan bercerai dengan isteri.

2. Chevrolet Lumina langgar jet pejuang F15 – nama jolokan bagi pesawat ini ialah Eagle dan mungkin anda terfikir, bagaimana ia boleh dilanggar oleh polis? Mungkin ia dikejar polis disebabkan banyak sangat speed trap? Tak, punca kejadian ini sangat kelakar tuan-tuan.

Seorang pegawai keselamatan di pengakalan udara Eglin, Raymone Sydnor dari unit keselamatan yang sedang meronda di dalam sebuah Chevrolet Lumina pada 5 November 1999. Ketika meronda, Sydnor cuba mengambil telefon yang jatuh di bawah kerusi namun malangnya kereta perondanya terbabas lalu melanggar sebuah F15 dan merosakkan gear pendaratannya.

Disebabkan ini, Chevorlet tersebut hilang sepenuhnya pada bahagian bumbung dan F15 tersebut rosak dengan kos 62,000 USD. Sydnor dilaporkan menjalani hukuman secara tertutup oleh pihak tentera dan SOP baru memerlukan peronda keluar dari kereta setiap 10 minit untuk mengelakkan bosan dan mengantuk. Power Chevrolet ni.

Gambar dan sumber dari FB Defense Security Asia

3. Volvo PV 544 langgar kapal selam – ya penulis masih waras ketika menulis artikel ini. Mesti anda terfikir macam mana sebuah Volvo langgar kapal selam yang belayar dalam laut. Pening aihhh. Ke James Bond bawak kereta tersebut? Kejadian memang benar-benar terjadi pada 19 Ogos 1961 di Lysekil (Sweden).

Kejadian pelik ini berlaku antara Volvo PV544 dengan kapal selama Tentera Laut Sweden HMS Bavern. HMS membawa maksud Her/His Majesty Ship. HMS Baver ketika itu sedang berlabuh di pelabuhan di Lysekil apabila Volvo PV544 yang sedang diparkir di atas bukit berhampiran mengalami kerosakan brek.

Volvo ini meluncur laju menuju ke HMS Bavern dan melanggarnya. Nasib ada kapal selam ni, kalau tak berkuburlah Volvo ini dalam laut. Namun pelanggaran ini hanya membawa sedikit kerosakan sahaja. Volvo ini otai bang, kalau kapal selam boleh kena langgar, Myvi ni kacang saja.

4. Meteor langgar Chevrolet Malibu – ya bunyinya seperti aksi filem Transformers tapi itulah realiti yang terjadi pada 9 Oktober 1992 di Westchester County, di utara New York. Meteor tersebut menghentam Chevrolet tersebut di bahagian belakang kereta merosakkan struktur bonet dan lampu belakang.

Pening jugak siapa nak tanggung kos kerosakan ini ya, sebab setahu penulis tiada insurans yang melindungi kereta daripada kerosakan sebegini. Namun nasib baik buat pemiliki kereta  Michelle Knapp kerana kereta dan meteor tersebut menjadi sangat terkenal sehinggakan lampu belakang yang rosak boleh dilelong dengan harga RM 22,767. Sedangkan harga asal kereta tersebut hanyalah RM 1714 sahaja. Untung laaa.

5. Kapal terbang langgar Nissan Almera – sebuah kapal terbang ringan 4 penumpang yang dikuasakan oleh enjin piston telah melanggar sebuah Nissan Versa pada 12 September 2019 di Maryland Amerika. Namun ketika kejadian tiada siapa yang meninggal dunia.

Ketika kejadian kapal terbang tersebut membawa 1 juruterbang dan 2 penumpang dan Nissan Versa (Almera untuk model Malaysia) membawa 2 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Kemalangn ini berpunca daripada kapal terbang tersebut gagal untuk berlepas di lapangan terbangyang berhampiran.

Akibatnya ia menjunam di lebuh raya berkenaan dan menghentam Nissan Versa yang kebetulan lalu ketika itu. Diharapkan lepas ini pembaca tidak lagi mengutuk Almera. Ada kereta korang langgar Sukhoi Su-31 tak?

6. Nissan Altima langgar klinik gigi – bayangkan anda sakit gigi berdenyut-denyut menunggu giliran rawatan di klinik gigi, tiba-tiba datang sebuah Nissan Altima melanggar klinik gigi yang berada di tingkat satu sebuah bangunan. Power Altima ni, siap boleh terbang pula tue.

Ya kejadian aneh ini berlaku di California pada 15 Jan 2018 pada 5.25 pagi waktu tempatan dan ketika itu nasib baik klinik gigi tersebut tidak beroperasi. Pihak polis melaporkan pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah dan penumpangnya telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Ketika berada dibawah pengaruh dadah, pemandu tersebut memandu dengan semberono dan laju sebelum melanggar pembahagi jalan yang menyebabkannya terbang lalu merempuh klinik gigi yang berada di seberang jalan.

Tags
Google ads
Back to top button