Buletin

LELAKI KURANG SIUMAN MENGAMUK LAMBORGHINI PARKING SEBELAH PERHENTIAN BAS – PATAHKAN CERMIN SISI, PIJAK BAMPAR

Pada 12 Februari lalu, sebuah Lamborghini Huracán Novitec Novara telah dirosakkan oleh seorang lelaki kurang siuman ketika kereta itu diparkir bersebelahan perhentian bas untuk makan tengah hari.

Menurut laporan Sin Chew Daily, pemilik Lamborghini itu pergi ke ‘gerai nasi ekonomi’ berhampiran untuk menikmati makan tengah hari.

Melalui video yang tular di laman Twitter, seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dilihat menaiki basikal menuju ke Lamborghini tersebut lalu mematahkan cermin sisi sebelah kanan.

Dalam keadaan begitu marah, lelaki itu juga bertindak memijak bampar sambil menjerit hingga menarik perhatian orang awam di sekitar.

Melihat situasi semakin tidak terkawal, pemilik Lamborghini itu menghubungi polis dan meminta seutas tali daripada kedai untuk mengikat cermin sisi yang sudah tercabut sebelum pergi dari tempat kejadian.

Video tersebut juga mendapat reaksi daripada netizen dengan memuji tindakan lelaki dipercayai kurang siuman tersebut.

“Hero! Dia melakukan sesuatu yang ramai orang tidak berani lakukan,” komen seorang pengguna Twitter.

“Jika (pihak berkuasa) bertindak dengan integriti sebegitu, tiada siapa yang berani meletak kenderaan secara haram.”

Portal Sin Chew Daily mendedahkan, pihak polis telah menahan lelaki tersebut, didakwa kurang siuman dan melepaskannya pada malam yang sama. – Says

Google ads
Back to top button