Buletin

POLIS BERI AMARAN, PARKING DI TEMPAT YANG BETUL. ELAK KESESAKAN DAN SUSAHKAN PENGGUNA JALAN RAYA LAIN

Kebelakangan ini semakin kerap isu tempat letak kenderaan menjadi bahan bualan pengguna kenderaan. Antaranya termasuklah budaya ‘cop parking’, salah guna tempat letak kenderaan, malah ada yang tanpa segan silu membina garaj berbumbung.

Dalam memberi kesedaran kepada pengguna, polis baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menerusi halaman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM dalam usaha menangani isu tempat letak kenderaan.

“Pengguna kenderaan mestilah meletakkan  kenderaan anda di parkir yang disediakan. Ini bagi mengelakkan berlaku kesesakan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya lain,” jelas kenyataan tersebut.

“Petak parking juga tidak boleh diletakkan halangan seperti payung, gerai berniaga, ‘cop’ parkir dan lain-lain kesalahan.

“Elakkan diri kita daripada sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri. Beringat dalam setiap perbuatan kita. Kita hendaklah lebih prihatin dan bertimbang rasa.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

Isu ini sebenarnya boleh diatasi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang perlu kerap membuat pemantauan di kawasan tempat letak kereta awam terutamanya di kawasan perumahan.

Google ads
Back to top button