" "
Buletin

HYUNDAI TAWAR KEMAS KINI PERISIAN BAHARU SECARA PERCUMA – ATASI MASALAH KECURIAN

Berikutan isu kecurian kenderaan Hyundai semakin berleluasa gara-gara kandungan ‘Kia Challenge’ di TikTok, Hyundai kini mengumumkan bahawa mereka akan menawarkan kemas kini perisian baharu secara percuma.

Sebelum ini, terdapat beberapa video pencuri kereta jenama Kia dan Hyundai menanggalkan kolum bawah berhampiran stereng seterusnya menggunakan kabel USB untuk menghidupkan kereta yang dicuri.

Kemas kini perisian baharu Hyundai dan Kia adalah penyelesaian untuk immobilizer yang memerlukan pemandu menggunakan fob kunci untuk membuka pintu kenderaan.

Kemas kini perisian percuma sedang dilancarkan secara berperingkat dengan keutamaan akan diberikan kepada model terlaris termasuklah Hyundai Elantra 2017-2020, Sonata 2015-2019 dan Venue 2020-2021.

Model-model lain akan menyusul setelah itu, termasuk daripada Kia dengan jumlah keseluruhan sekitar 8 juta kenderaan layak menerima perisian baharu itu.

Hyundai menyatakan dalam kenyataan akhbar, sesetengah kenderaan yang dihasilkan antara 2011 dan 2022 tidak serasi dengan perisian baharu itu. Hyundai mendakwa ia akan membayar semula kepada pelanggan untuk kunci stereng model terbabit.

Walaupun mendapatkan kembali wang adalah perkara yang baik, tetapi perkara tersebut akan menyebabkan pemilik risau akan keselamatan, polisi insurans dan nilai jualan semula.

Pastinya, pemilik Kia dan Hyundai perlu mengambil kira pelbagai faktor, sama ada menerima perisian baharu atau menjual kereta milik mereka sebelum nilai jualan semula semakin susut.

Google ads
Back to top button