Buletin

NISSAN ELGRAND – RM388,000

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) semalam memperkenalkan model import sepenuhnya, Nissan Elgrand.

Nissan-Elgrand-RM388,000-mekanika (2)

“Kami di ETCM berbesar hati untuk menawarkan pengguna Malaysia dengan satu lagi MPV yang penuh dengan kemewahan. Sama ada untuk tujuan bersantai dan perniagaan, Nissan ELGRAND baharu memang sesuai kerana ia menawarkan ciri-ciri yang di luar jangkaan,” kata Pengarah Pemasasan dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng.

Gayaan luaran Nissan Elgrand tampil mantap dengan gril hadapan disalut krom. Ia disempurnakan lagi dengan rim aluminum aloi multi-jejari bersaiz 18 inci. Dengan lampu utama jenis LED projektor dan sistem lampu hadapan aktif adaptif (Active Adaptive Front-Lighting System), pandangan pada waktu malam dapat dipertingkatkan.

Nissan-Elgrand-RM388,000-mekanika (3)

Setiap ciri dalaman Nissan Nissan Elgrand memiliki sentuhan mewah. Bermula daripada Paparan Multi-Informasi (MID) dan Kawalan Jelajah Automatik. Meter Fine Vision dengan Paparan Bantuan Pemanduan bersaiz 5 inci diletakkan di antara meter kelajuan dan takometer, menawarkan pemandu maklumat penting dengan hanya satu satu sentuhan.

Nikmati keselesaan Nissan Elgrand dengan kabin lebih luas yang telah ditambah baik. Ia menampilkan tempat duduk berasingan jenis kapten dengan Ottoman dan sokongan pada bahu yang boleh dilaras.

Nissan-Elgrand-RM388,000-mekanika (5)

MPV premium tujuh tempat duduk itu turut menampilkan tempat duduk kuasa yang boleh dilaras sehingga 8 cara, sekali gus menawarkan versatiliti terbaik dan selesa bersama ruang kaki yang cukup luas. Untuk menambah ruang kargo, tempat duduk baris ketiga boleh digerakkan ke hadapan sehingga 240mm, biarpun ketika digunakan, memberikan ruang luas untuk meletak barang.

Nissan-Elgrand-RM388,000-mekanika (1)

Nissan Elgrand menampilkan ruang dalaman berwarna hitam dengan kombinasi kemasan kayu. Tempat duduk yang dibalut kulit itu hadir dengan corak berbentuk berlian dan jahitan berkembar berwarna coklat.

Nissan-Elgrand-RM388,000-mekanika (8)

Jentera itu dilengkapi enjin 3.5 liter dan transmisi automatik. Ia didatangkan dalam empat lilihan warna iaitu umber, putih mutiara, perak dan hitam. MPV itu ditawarkan pada harga di atas jalan RM388,000 (tidak termasuk insurans), bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu). Tempahan kini diterima di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Nissan-Elgrand-RM388,000-mekanika (10)

Maklumat lanjut mengenai model-model Nissan di Malaysia, sila layari laman web: www.nissan.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button