Buletin

NISSAN ELGRAND DAPAT PENGGANTI PADA 2026, GUNA e-POWER 1.5L!

Nissan Elgrand generasi ketiga begitu lama di pasaran. Mula dikeluarkan pada 2010 sehingga sekarang, dua generasi Toyota Alphard berada di jalan raya dan dihentikan pada tempoh yang sama.

Elgrand juga pernah dijual secara rasmi di dalam negara dan pengguna masih berpeluang untuk memilikinya dari pengimport bebas.

Walaupun lama di pasaran, Elgrand Nismo atau Elgrand Autech mempunyai daya tarikan tersendiri. 

Menurut Nissan, Elgrand generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 1997 telah mempelopori pasaran baharu di Jepun sebagai minivan premium yang menggabungkan ruang dalaman luas dengan dalaman bertaraf tinggi.

Ia juga diterima baik ramai pelanggan kerana gaya yang menarik, dalaman dengan tempat duduk selesa serta prestasi pemanduan cemerlang.

Kepada yang menanti-nanti pengganti Elgrand, Nissan ada buah tangan istimewa iaitu dua gambar awal model baharu atau generasi keempat.

Nissan Elgrand 350 Highway Star (4WD) 2010

Nissan juga mengesahkan Elgrand baharu dikuasakan sistem hibrid e-POWER generasi ketiga. 

e-POWER ini menggunakan enjin 1.5 liter yang dibangunkan khusus untuk penjanaan kuasa dan sistem 5-dalam-1 yang diringankan melalui modulasi lima bahagian seperti motor dan inverter.

Sistem ini menghasilkan penambahbaikan yang ketara dari segi kesenyapan dan kecekapan bahan api.

Nissan Elgrand Highway Star Jet Black Urban Chrome

Elgrand baharu dijadualkan untuk diperkenalkan akhir tahun ini serta dilancarkan pada tahun kewangan 2026.

Selain itu, Nissan turut memaklumkan bahawa empat model sedang dalam perancangan untuk dilancarkan di Jepun menjelang tahun kewangan 2026.

Kredit gambar: Nissan

Google ads
Back to top button