
ETCM LANCAR BILIK PAMERAN NISSAN BERKONSEPKAN NRC-NEXT DI PUCHONG
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini secara rasmi melancarkan pembukaan bilik pameran Nissan baharu di No 2G, Jalan Bandar Tiga, Pusat Bandar Baru, 47100 Puchong, Selangor.
Menurut ETCM, pembukaan bilik pameran berkonsepkan runcit ini adalah selaras hala tuju perniagaan ETCM untuk menginovasi bilik pameran Nissan.
Berkonsepkan NRC-NEXT, bilik pameran ini menggabungkan identiti korporat Nissan termasuk diserlahkan dengan warna merah ikonik selain, menawarkan persekitaran yang selesa kepada pelanggan.

Selain itu, pelanggan juga akan dapat melihat semua model Nissan termasuk ‘Star Car’ iaitu Serena Hybrid J-IMPUL baharu yang dilancarkan minggu lalu.
Mempunyai keluasan 7,502 kaki persegi, ia turut menyediakan rangkaian kenderaan pandu uji, tempat khusus untuk penyerahan kenderaan baharu, ruang istirehat pelanggan, sambungan WiFi serta sudut kanak-kanak.
Bilik pameran ETCM Nissan Puchong beroperasi dari Isnin – Sabtu (9.00 pagi – 7.00 petang), manakala hari Ahad atau cuti umum, dibuka 10.00 pagi – 5.00 petang.







