Buletin

EDARAN TAN CHONG MOTOR TAWAR PROMOSI “THE MOST EXCITING ANG PAO YET!” – JIMAT SEHINGGA RM9,950!

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) kini mengadakan promosi “The Most Exciting Ang Pao Yet!” bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Pembeli Nissan Serena baharu, Nissan Navara, Nissan X-Trail dan Nissan Almera layak menikmati penjimatan sehingga RM9,950.

Promosi dari 1 hingga 31 Januari 2023 turut melibatkan tambahan RM1,000 untuk Pakej Aksesori yang bersesuaian dengan model berikut:

  • Navara 2.5L Turbo VL – Pakej Perlindungan (jimat sehingga RM9,950)
  • Almera 1.0L Turbo VL – Pakej Aero Tomei (jimat sehingga RM7,000)
  • Serena 2.0L Highway Star – Kerusi leatherette dan filem penapis Ice Cool (jimat sehingga RM4,600)
  • X-Trail 2.0L Standard – IMPUL Aerokit (jimat sehingga RM4,600)

Selain itu, pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM388,800 dengan menghantar kenderaan Nissan di mana-mana pusat servis Tan Chong Auto Servis. Tawaran sah dari 1 Januari hingga 28 Februari 2023.

Tak cukup dengan itu, pelanggan juga layak memenangi baucar tunai RM8, RM88, RM188, RM288, RM888 atau hadiah ‘Ang Pao’ dalam cabutan bertuah. Syaratnya mudah, pelanggan hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM388 dalam satu bil.

Bagi mereka yang aktif di media sosial, pelanggan berpeluang untuk memenangi baucar Watsons bernilai RM20 menerusi peraduan ‘Count & Hop Into Prosperity’ yang akan berlangsung di Facebook dan Instagram Nissan Malaysia tanpa perlu membuat sebarang pembelian.

Akhir sekali, pelanggan yang mengambil bahagian dalam pandu uji pelbagai model Nissan sepanjang tempoh promosi juga akan menerima baucar Watson bernilai RM20.

Google ads
Back to top button