
BELI NISSAN ALMERA TURBO, DAPAT PAKEJ AERO TOMEI BERNILAI RM8K SECARA PERCUMA. GT WING PUN ADA!
Berita baik kepada anda yang ingin membeli sebuah Nissan Almera Turbo. Ini kerana setiap pembelian akan diberikan Pakej Aero Tomei bernilai RM8,000 secara percuma.
Pakej itu dibangunkan oleh Tomei Jepun yang merupakan firma talaan terkenal di Jepun dan bekerjasama dengan Edaran Tan Chong Motor (ETCM).
Ia ditawarkan ke atas semua varian iaitu VLT, VLP dan VL. Bagi varian VPT, terdapat lima aerokit yang terdiri daripada spoiler bampar hadapan, belakang dan skirting sisi. Semua komponen tersebut hadir dalam skema warna dua tona agar tampil lebih sporty.
Pakej untuk varian VLT turut merangkumi pedal sports dengan perehat kaki untuk memberi lebih cengkaman. Tidak ketinggalan ialah pelindung hendal pintu (4 unit) kicking plate untul sil pintu, visor pintu dan filem tinted ICE Cool.

Bagi varian Almera Turbo VL dan VLP pula, pakej itu melibatkan 5 aerokit dan tiga barangan iaitu boot lid spoiler, filem tinted ICE Cool, pedal sports dan perehat kaki.
Semua barangan itu dipasang terus dari kilang demi memastikan kualiti terbaik. Ia juga hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih garang, ETCM ada menawarkan Tomei GT Wing yang direka khas untuk Almera Turbo. Ditawarkan pada harga RM1,400 (termasuk kos pemasangan), ia boleh dimasukkan ke dalam pinjaman kereta.
Untuk tempoh terhad, ETCM menawarkan Tomei GT Wing pada harga cuma RM700 untuk pembeli terawal.
Harga Almera Turbo adalah seperti berikut:
- Almera Turbo VLT – RM95,888
- Almera Turbo VLP – RM89,888
- Almera Turbo VL – RM83,888
GALERI














